The Hunt for Bin Laden agungkan anjing BUSH

Buku The Hunt For Bin Laden sarat dengan propaganda jahat Amerika Syarikat (AS). Walaupun memuatkan kisah benar berkenaan War On Terror yang dipalu gendang perang oleh bekas presiden AS George W. Bush selepas serangan 11 September 2001, tetapi kedapatan komentar atau fakta yang diperbesarkan.

Kandungan buku ini terlalu mengagungkan anjing-anjing perang George W. Bush dalam usaha menghancurkan Taliban dan rangkaian al-Qaeda Osama Bin Laden. Fakta-fakta serta keberanian pasukan khas yang dikenali sebagai Special Forces terlalu diangkat tinggi demi maruah ketua pengganas dunia George W. Bush.

Terdapat juga pernyataan yang menghina Islam seperti “Mungkin Allah sudah kehabisan bidadari di syurga” dengan terbunuhnya askar-askar Taliban dan al-Qaeda.


Kerajaan Taliban di Afganistan yang sementara itu mungkin sedikit sebanyak tidak menggambarkan pemerintahan Islam yang sebenar. Juga beberapa tindakan al-Qaeda mungkin tidak tepat dalam pelaksanaannya memerangi kepentingan dan tali barut Israel dan Amerika Syarikat. Bagi saya Taliban merupakan pemuda-pemuda nakal dalam Islam. Mereka terlalu ghairah dalam pelaksanaan sistem syariat, justeru itu ada tindakan mereka tidak menepati kehendak Islam.

Walaupun begitu, gendang perang yang dipalu oleh George W. Bush ternyata amat salah. Ini justeru kerana bekas presiden Amerika Syarikat itu terlalu dirasuk dan taksub dengan dendam kesumat terhadap dunia Islam. Bagi Bush, Islam itu terroris dan terroris itu Islam. Padahal dia mabuk kuasa dan gila dengan wacananya. George W. Bush ialah bapa terroris yang maha gila dan penegak kezaliman Israel. Itulah fakta yang maha benar.

** Saudara suka membaca? Kunjungi blog buku saya di sini.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger