Tuan Ibrahim takut dengan MEDIA BARU?

Naib Presiden PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dipetik oleh Harakahdaily sebagai berkata, "Jangan emosi walaupun berselisih pendapat sehingga sahabat satu jemaah kita hentam. Kita ada saluran. Jangan kemukakan ketidakpuasan hati melalui media baru.

Tetapi dalam masa yang sama Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa PAS sebuah parti yang sentiasa terbuka kepada kritikan dan teguran.

Tuan Ibrahim berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan di Seminar Memperkasa Parti, di Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar, Sabtu lalu.

Apa ustaz cakap. Berbelit-belit! Saya faham bahawa media baru’ yang dimaksudkan oleh Tuan Ibrahim ialah medium internet, terutamanya blog. Apa sudah jadi, ustaz? Dahulu PAS tidak takut kepada kritikan 'media baru' blog, malah parti Islam memuji teguran dan kritikan.

Kini sudah terbalik. Tuan Ibrahim menuduh blogger sebagai penyebar fitnah. “Selain agama melarang membuat dan menyebarkan fitnah, tindakan dan perbuatan yang mengundang fitnah juga wajib dielakkan,” kata beliau.

Ustaz, kalau fitnah, jawablah dengan fakta. Mengapa takut dengan blogger? Adakah pimpinan PAS sudah menjadi seumpama UMNO/BN, tidak boleh ditegur? Apa salah teguran menggunakan media baru?

Adakah perlu kami ahli-ahli, penyokong dan pengundi PAS/PR menegur dengan mata pedang? Baca sejarah, ustaz.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger