Sorotan cetusan hati aku: Sudut Pakatan Rakyat

Sahabat PAS, PKR dan DAP, apa yang aku mahu ialah Islam memimpin, bukan sahaja untuk umat Islam malah semua bangsa dan agama di Malaysia. Elok sangat Pakatan Rakyat mengemukakan slogan negara berkebajikan. Ianya menjadi tuntutan semua agama.

Berbeza pendapat di kalangan pimpinan PAS dan pelbagai etnik di negara ini bukan faktor penghalang untuk kita melihat sebuah kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang prihatin.

Cuma aku sangat berharap para pemimpin PR jangan terlalu emosional dalam mengemukakan pandangan masing-masing, termasuk PAS. Cari titik persamaan, bukan perbezaan yang dibesar-besarkan. Jangan ikut arus komentar akhbar perdana yang dimiliki oleh kerajaan UMNO/BN. Ini benar untuk semua akhbar, sama ada berbahasa Melayu, Inggeris, Tamil dan Cina.

Aku tidak ada kepentingan dalam PAS, PKR dan DAP, apatah lagi dalam UMNO dan BN. Aku hanya ingin melihat sebuah Malaysia yang harmoni dan saksama, jika bukan untuk aku pun tetapi bagi anak cucu aku.

Islam bersahabat dengan semua bangsa dan agama. Tiada paksaan dalam beragama. Islam tidak membenci agama lain dan agama suci ini tidak memerangi orang lain.
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)". (Quran: al-Hujurat, ayat 13)

"O mankind! We created you from a single (pair) of a male and a female, and made you into nations and tribes, that ye may know each other (not that ye may despise each other). Verily the most honoured of you in the sight of Allah is (he who is) the most righteous of you. And Allah has full Knowledge and is well-acquainted (with all things)". (Quran, chapter 49, verse 13)
*** We provide catering services for the following; courses, trainings and seminars, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger