Apa ‘tidak mahu tengok muka’?

Exco Dewan Ulama PAS, Zolkharnain Abidin al-Hafiz, menulis dalam blognya bahawa “Sebahagian pembahas dikuasai emosi termasuk seorang pembahas dari kalangan AJK PAS pusat. Istilah ‘tidak mahu tengok muka’, rasanya kurang manis diungkapkan di hadapan tetamu seperti Aziz Bari (foto). Kita menjemputnya, kemudian kita ‘tidak mahu tengok muka’nya.”

Siapa AJK PAS pusat yang dimaksudkan itu di seminar memperkasakan PAS pada Sabtu lalu? Jika benar beliau berkata ‘tidak mahu tengok muka’ ketika Aziz Bari berada di situ, maka ianya satu sikap yang perlu dihalusi.

Orang Melayu ada adab yang diajar turun temurun. Islam pula menyuruh kita menghormati tetamu. Andai tidak menyukai pandangan Aziz Bari terhadap mutu kepimpinan PAS, ia perlu dijawab dengan hujah dan fakta. Bukan berkata ibarat orang tua yang kelatahan!

Satu sudut lagi, sejak bila PAS tidak boleh ditegur, walaupun dari orang luar? Adakah warna-warna kurang elok UMNO/BN sudah terpalit di sisi-sisi Islam PAS? Siapa yang menjadi duri dalam daging itu?

“Benar, Presiden perlu dibela apabila ada usaha mencemarkan wibawanya, tetapi rasanya bukan begitu. Bela dengan hujah dan fakta, bukan dengan serangan melulu. Kalau Aziz pernah menyerang Presiden dengan serangan yang ‘kita sukar menerimanya’, itu terpulang kepadanya. Dibimbangi, bukan serangan itu yang menjejaskan Presiden, tetapi pembelaan sembrono yang akan menjatuhkan reputasinya.” jelas Zolkharnain.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger