Bola sepak Perak tidak layak sertai Liga Super kerana hutang

Dengar khabar pasukan bola sepak negeri Perak (PAFA) perlu melangsaikan bayaran hasil kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan juga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk beraksi pada Liga Super musim depan.

Mengikut syarat yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), mana-mana pasukan yang gagal menjelaskan bayaran tersebut adalah tidak layak menyertai Liga tersebut.

Dalam hal ini Harakahdaily melaporkan bekas ketua pergerakan pemuda UMNO Zainol Fadzi Paharudin menyalahkan Presiden PAFA, Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin berikutan kegagalan pasukan seladang (Seladang.net) itu menyertai Liga Super musim depan akibat masalah kewangan itu.

(Foto: Bertempat di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (F.A.M) Kelana Jaya, Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin telah membuat kunjungan hormat menemui Setiausaha Agong persatuan tersebut iaitu Dato Azzuddin Ahmad bagi membincangkan secara lanjut status skuad seladang pada saingan Liga Malaysia musim 2010 nanti. Ehsan dari Seladang.net)

Nizar dalam satu pertemuan baru baru ini telah menjelaskan bahawa hutang-hutang yang sedia ada adalah tunggakan semenjak tahun 2006 lagi iaitu sebelum beliau memegang Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk), Mohd Akmal Kamarudin dalam satu kenyataan memberitahu, Zainol yang juga Ahli Majlis PAFA sewajarnya mengetahui bahawa sepanjang Nizar menerajui PAFA, semua bayaran semasa telah dilangsaikan.

Cuma yang masih bermasalah katanya adalah tunggakan hutang terdahulu yang masih cuba diselesaikan. "Itu pun Datuk Seri Nizar berusaha juga menjelaskan beberapa hutang lapuk yang perlu diberikan perhatian turut dilangsaikan.”

Apa yang mendukacitakan katanya, sikap Zainol yang berkeadaan seperti orang luar di dalam isu tersebut dan bersikap menghentam bukan membantu.

"Beliau sepatutnya membantu bagi menyelesaikan kes yang tertunggak ini. Beliau yang pernah menjadi ketua pergerakan pemuda UMNO Negeri Perak sudah tentu mengetahui keadaan yang telah berlaku sekitar tahun 2006 lagi.

"Persoalannya kenapakah perkara ini tidak pernah beliau bangkitkan ketika itu, kata Akmal.

Pautan: Blog bola sepak.

2 comments:

Anonymous said...

dah nizar pun buat apa gatal nak jadik presiden pafa...
tak pasal kena cuci taik orang... kena marah lagi... naya je...

Buana Ini said...

Sdr Anonnymous, Nizar jadi presiden PAFA mungkin atas kapasiti sebagai MB Perak dahulu. Sampai sekarang ini pun dia masih sebagai presiden.

Betul juga kata saudara, Nizar kena cuci taik yang ditinggalkan oleh orang terdahulu. Memang kes naya.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger