BTN: Halimah kata, Muhyuddin kata, aku kata….

Kerajaan Selangor secara rasminya melarang penyertaan kakitangan kerajaan negeri dan pelajar di institusi pengajian tinggi miliknya hadir di program anjuran Biro Tatanegara (BTN), kata exco pendidikan tingginya Dr Halimah Ali.

Keputusan yang berkuatkuasa serta-merta itu dibuat dalam mesyuarat exco kerajaan negeri susulan desakan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat di Selangor yang mendakwa program kendalian biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu membangkitkan sentimen perkauman.

Empat buah pusat pengajian tinggi yang dimiliki kerajaan negeri itu: Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Kolej Antarabangsa INPENS dan Institut Kemahiran Yayasan Selangor.

Dalam sidang medianya di Shah Alam, Dr Halimah menyifatkan program BTN sebagai "indoktrinasi kerajaan (pusat) BN untuk menimbulkan fenomena yang agak racist (perkauman) seolah-olah ingin memecah belah penduduk pelbagai bangsa dan agama."

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kursus BTN tidak bermotifkan doktrinasi politik sebaliknya ia menerapkan semangat kenegaraan dan perpaduan masyarakat selaras dengan konsep 1Malaysia.

"Kursus BTN tidak bertujuan untuk membawa peserta-peserta kepada Umno dan Barisan Nasional. Ia tidak mempunyai niat yang jahat, ia mempunyai tujuan-tujuan yang baik.” Kata Muhyiddin.

Kata saya pula:

Saudara, semasa di universiti di tahun-tahun 1990-an, saya tidak pernah menghadiri program anjuran Biro Tatanegara. Namun begitu, dakwaan bahawa biro ini digunakan sebagai medan bagi mendoktrinkan para pelajar dengan fahaman hagemoni UMNO/BN sudah lama kedengaran.


Malah ramai pelajar, saudara-mara, juga rakan-rakan yang menceritakan bahawa "Sepanjang program tersebut, apa yang ditekankan adalah Keadilan (PKR) ini, Anwar adalah ejen Yahudi, DAP adalah parti ejen Singapura dan PAS adalah parti ajaran sesat.”

Berkaitan: Biro Tatanegara sarat propaganda perkauman

** Selamat Hari Raya Aidil Adha. Pengorbanan luas skopnya. Syahid yang paling utama.

Komentar lain:
Kelantan: PAS beri tumpuan soal politik, kata Tok Pa

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger