Kelantan: PAS beri tumpuan soal politik, kata Tok Pa

27Nov2009

Bernama memetik Ketua Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata bahawa "kemelut dalam PAS mengenai siapa pengganti Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai menteri kesar Kelantan boleh menjejaskan kepentingan rakyat."

Kata Tok Pa lagi, “kerana parti itu lebih memberi tumpuan kepada soal politik daripada menyelesaikan masalah rakyat.”

Alahai Tok Pa (foto atas). Relaxlah. Itu bukan kemelut atau gege gapo. Peralihan perkara biasa. Yang memainkan hal ini seolah-olah sedikit gege ialah akhbar-akhbar demo juga.

Utusan dan NST misalnya, sudah tiada kerja lain. Akhbar-akhbar itu saya katakan sebagai kalut, kecoh, tidak bertamadun dan bangang!

Justeru kerana MCA dalam kemelut yang gawat maka UMNO dan agen-agennya (baca Utusan, NST) juga jadi kalut. PAS dan Pakatan Rakyat pun diheret sama ikut menari rentak mereka. Apahal?

Tok Pa, baik demo tengok, intai kelih gapo akan hal royalti minyak Kelantan itu. Itu yang maha penting.

Berkaitan: Husam saman NST dan Berita Harian Singapura
Minyak Kelantan retorik 1Malaysia
Saman akhbar UMNO: Islam UMNO Islam PLASTIK (BUKAN PALESTIN!), Nik Abd Aziz
Masuk syurga: Akhbar putar belit, Harussani melatah – TG Nik Abdul Aziz

0 comments:

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger