Mitos ciri keselamatan Internet?

Bagi kebanyakan orang, pembelian melalui telefon atau Internet dengan memberikan nombor kad kredit kepada kakitangan yang bertugas adalah berisiko tinggi dan sangat tidak selamat. Kenapa? Kerana mereka telah diberitahu sedemikian rupa.

Tetapi orang yang sama membeli minyak, makanan, dan barangan lain dari kedai atau pasar raya dan memberikan kad-kad plastik untuk dimasukkan ke dalam mesin pembaca kad, yang mana salinan dibuat kepada pekedai, meminta tandatangan tuan punya dan menyimpan slip kad tersebut tanpa ragu-ragu. Tidakkah kita terfikir bahawa cara ini juga memungkinkan kad kita boleh disalahgunakan?


Jangan lupa mengenai aktiviti pengeluarkan tunai melalui mesin ATM, di mana ada orang berdiri berdekatan di belakang kita dapat memerhati dan membaca nombor PIN yang kita masukkan. Pastinya semua itu menjadi elemen penting untuk proses kecurian. Mengapa kita selalu menyalahkan Internet bila sahaja bercerita mengenai isu keselamatan urus niaga, padahal dalam masa yang sama ciri keselamatan yang lain tidak diendahkan.


Kebanyakan kegagalan keselamatan boleh dikesan balik melalui kesilapan, rasuah dan sikap mementingkan diri oleh manusia. Memang benar bahawa kecurian elektronik meningkat, tetapi ianya juga benar berlakunya kecurian keseluruhan mesin, seperti rompakan mesin ATM, rompakan semasa wang dipindahkan, pencabulan pejabat, rekod dan
surat kertas. Baca seterusnya...

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger