Aku sudah katakan di entri terdahulu bahawa ini satu kejadian pelik, malah menghairankan. Tanpa prejudis, aku cukup hairan dan kaget. Jika tidak suka Dr. Maza pun, mengapa beliau ditangkap. Mengajar agama tanpa tauliah? Fuyoo! Seperti aku pernah mendengar ungkapan ini? Pelik!
Harakahdaily melaporkan bekas Mufti Perlis itu membidas sikap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana tidak profesional, sambil lewa dan memungkiri janji apabila tiada wakil atau pendakwa daripada jabatan itu yang hadir ke Mahkamah Syariah sekitar pukul 1.00pm.
Beliau yang dibebaskan oleh pihak mahkamah tanpa sebarang pertuduhan dan perbicaraan menyifatkan JAIS tidak wajar memperlakukannya seperti itu sehingga menyusahkan pelbagai pihak.
"Mereka tangkap saya dulu baru tuduh. Tetapi mahkamah kata belum ada apa-apa pertuduhan lagi. Saya pun tak tahu sebab apa nak datang sini. Pihak Jais yang bagi arahan, tetapi saya nak tahu 'tangan ghaib' siapa di sebaliknya," tegas Dr. Maza.
Tindakan melatah JAIS menangkap Dr. Maza dianggap tidak profesional dan mengunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya. Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi melahirkan rasa kesal dengan tindakan itu kerana menggunakan kuasa sewenang-wenangnya untuk menangkap penceramah agama dan alim ulama semata - mata kerana mereka tidak memiliki tauliah.
(Gambar Dr. Maza semasa di Mahkamah Syariah, dari Harakahdaily)
"Saya difahamkan Dr. Mohd Asri ditangkap kerana menyampaikan kuliah tanpa memiliki tauliah. Alasan yang sama membuatkan saya juga hampir tertangkap ketika menyampaikan kuliah dhuha di Surau Ar Raafiq Kota Damansara pada satu ketika dahulu,” jelas Utz. Nasrudin.
0 comments:
Post a Comment