Aku sayang Allah, aku rindu Allah, aku cinta Allah (2)

Sahabat, saya peroleh emel ini dari rakan yang tidak dikenali. Tergolong dalam mesej emel yang orang istilahkan emel tidak diundang (unsolicited email content). Namun bagi saya terma emel tidak diundang amat kabur. Saya pernah bekerja di syarikat teknologi dan ICT selama hampir 11 tahun. Dan saya cukup faham istilah tersebut.

Bagi saya kandungan emel ini sangat baik, dan saya sentiasa mengundang peringatan sebegini masuk ke dalam kotak inbox emel saya. Malah saya reda dan gembira kandungan begini memasuki pintu rumah saya dan menjadi rakan akrab. Bacalah dengan nama Tuhanmu.


Photobucket
Baca jika anda ada masa untuk ALLAH. Bacalah sehingga habis. ALLAH, bila saya membaca info ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini. Lebih-lebih lagi di waktu kerja.

Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang sebenarnya menimbulkan pelbagai masalah di dunia ini.
Kita cuba menyimpan ALLAH di dalam masjid pada hari Jumaat. Mungkin malam Jumaat? Dan sewaktu solat Maghrib sahaja? Kita suka ALLAH pada masa kita sakit, dan sudah pasti waktu ada kematian.

Walaubagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain? Kerana kita merasakan di waktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung pada NYA. Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu di mana ALLAH bukanlah yang paling utama dalam hidupku (nauzubillah).


Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita. DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta. Renungkanlah. Sebarkanlah seandainya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!!!


Ya aku CINTA ALLAH.
Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku. DIAlah yang mengerakkanku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.

Ini adalah ujian yang mudah. Kalau anda benar meyintai ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepadamu.

Sekarang!!! Anda ada masakah untuk berbuat demikian? Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan.

Susah lawan senang. Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran? Kenapa mengantuk dalam masjid tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?

Kenapa mudah sekali membuang emel agama tetapi kita bangga mem forwardkan eel yang tak senonoh?

Hadiah yang paling istimewa yang pernah kita terima. Solat adalah yang terbaik. Tidak perlu bayaran, tetapi ganjaran lumayan.

Notes: Tidakkah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.
Berkaitan: Aku sayang Allah, aku rindu Allah, aku cinta Allah
TG Nik Abd. Aziz, Lim Guan Eng dan ilmuan generasi al-Quran

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger