Lim Guan Eng sokong ramaikan generasi al-Quran

Kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan menteri besar Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sejak lama dahulu telah melestarikan pengajian berorientasikan al-Quran. Program yang dilaksanakan melalui Maahad Tahfiz kerajaan negeri adalah anjakan paradigma bagi melahirkan generasi al-Quran yang memiliki dinding keperibadian tinggi.

Kecemerlangan subjek agama dan akademik dibuktikan dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) oleh para pelajar tahfiz aliran sastera dan sains di sana. Saya yakin, insyaAllah, inilah warga Malaysia generasi al-Quran yang mendominasi kecemerlangan seumpama ilmuan Islam di era pemerintahan Khalifah Islam tidak lama dahulu.

Gerakan gemilang ini kini dipacu pula oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dengan langkah mengiktiraf para hafiz dan hafizah.

Menurut Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim setakat ini 137 para hafiz dan hafizah telah mendapat pengiktirafan sebagai salah satu cara menghargai sumbangan mereka yang berjaya menghafaz al-Quran di negeri ini.

"Kita juga berhasrat untuk mewujudkan satu keluarga satu huffaz serta usaha ke arah ini sedang giat dilaksanakan bagi mencapai aspirasi tersebut."

Dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng turut menyokong usaha yang diambil bagi memartabatkan para huffaz ini.
"Kerajaan negeri memberi pengiktirafan kepada mereka ini adalah kerana kita berkeyakinan golongan seperti ini adalah mereka yang mempunyai komitmen tinggi dan memerlukan disiplin serta keperibadian mulia untuk melaksanakannya.

"Kita juga yakin dengan adanya golongan hafiz dan hafizah ini maka masalah sosial di kalangan masyarakat seperti krisis moral, kemungkaran dan pelbagai masalah sosial akan dapat dihindari sebagaimana yang menjadi konsep amalan Kerajaan Negeri kearah 'Amar Makruf Nahi Munkar,” ulas Guan Eng.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger