Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima kunjungan ahli parlimen Hamas dari Palestin di kediaman rasmi menteri besar baru-baru ini.
Delegasi itu dalam lawatan kerja seminggu ke
Tan Sri Khalid bercadang untuk menemukan delegasi tersebut dengan Yayasan Amal Malaysia Selangor untuk membincangkan bantuan dan sokongan kepada rakyat Palestin yang menderita.
Dalam ucapan beliau, rakyat di negeri Selangor sentiasa mengambil berat tentang rintihan penduduk Palestin.
"Kalau apa-apa yang perlu kita lakukan bersama, kita mengharapkan rakan-rakan kita dari Palestin dapat memberikan kita beberapa cadangan supaya kita bersama-sama memikirkan apa yang boleh kita berikan untuk menentukan usaha yang mereka lakukan ini dapat sokongan dari kita," kata beliau.
Khalid turut menambah, kerajaan negeri akan mempertimbangkan membiaya pelajar-pelajar dari Palestin untuk datang menuntut di universiti di negeri Selangor.
"Lagi sekali kerajaan negeri Selangor membuka pintu yang luas untuk mereka menghantar wakil-wakil mereka. Pertama berada di negeri Selangor, dapat menggunakan perkhidmatan negeri dan jika perlu negeri Selangor boleh membuka peluang kepada pelajar-pelajar Palestin yang ingin melanjutkan pelajaran mereka di negeri Selangor supaya dapat dibiayai oleh kerajaan negeri Selangor," katanya. (Sumber: TV Selangor)
Berkaitan: Palestin: Syahid atau kemenangan!
Usaha damai Arab-Israel diteruskan atau sekali lagi ditipu?
Air mata bergenang bila membaca Meniti Maut
Jarum Zionis melalui liberalisme dalam Tuhan Manusia
Anasir teroris adalah anak kandung Zionis
Asy-Syahid Sheikh Ahmad Yasin
Dari Beirut ke Jerusalem, hening dan penuh syahdu
Inside Hamas: The Untold Story of the Militant Islamic Movement
My JIHAD (book), jihad at Gaza and Hizbullah
0 comments:
Post a Comment