Pengundian Bajet 2010: MP Pakatan Rakyat makan gaji buta!

Harakahdaily melaporkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata kemenangan tipis Barisan Nasional (BN) dalam pengundian Bajet 2010 di Dewan Rakyat 14 Disember lalu menguatkan lagi persepsi bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadapi krisis keyakinan.

"Hakikat bahawa 71 orang ahli Parlimen BN tidak hadir dalam pengundian untuk menerima belanjawan sulung yang dibentangkan oleh Najib tidak dilihat sebagai suatu kebetulan semata-mata oleh pasaran dan tokoh-tokoh perniagaan.”

Dalam peristiwa itu, kerajaan Najib melalui saat paling mencemaskan apabila jumlah undi diperolehi terlalu tipis, di mana BN berjaya mengatasi pembangkang hanya dengan tiga undi sahaja (66-63) untuk membolehkan Bajet 2010 akhirnya diluluskan.

Menurut Salahuddin, mereka mempersoalkan adakah ketidakhadiran begitu ramai ahli Parlimen BN itu adalah satu kebetulan atau sesuatu yang dirancang.

Saudara Salahuddin, MP BN yang tidak hadir itu satu isu. Isu yang lebih besar dan menjolok mata ialah mana dia MP Pakatan Rakyat (DAP, PKR & PAS) yang WAJIB hadir di waktu itu. Semua makan GAJI BUTAKAH?

Jika semua MP PR hadir semasa pengundian tersebut, sudah pasti Bajet 2010 tidak lulus. Ke mana kamu semua pergi hah! BERCANDA? MAKAN GAJI BUTA?

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger