Novel cinta Islami semakin mendapat perhatian di kalangan penerbit tempatan. Selain PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. dan Telaga Biru Sdn. Bhd, kini Kemilau Publika Sdn. Bhd (dulu Anbakri Publika) juga sedang mengalu-alukan karya dari penulis.

Kemilau Publika merupakan syarikat penerbitan yang dipunyai oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, saudara Annual Bakri Haron (yang kini menjadi perhatian akhbar, khususnya akhbar milik UMNO).


Kelihatannya penulis novel Islami PTS, saudara A. Ubaidillah Alias, sudah masuk ke rumah Kemilau dengan tajuk Sakinah.


Kemilau Publika Sdn Bhd sedang mencari karya yang berkualiti dan ampuh isinya. Sekiranya saudara mempunyai karya berkaita
n;

1. Novel Cinta Islami
2. Kehidupan di alam barzakh (cerita saat/selepas kematian)
3. Kisah/Biografi tokoh (haraki) pejuang Islam sedunia
4. Islam di Negeri China (Tokoh Islam berbangsa Cina)
5. Perkahwinan/pendidikan anak menurut Islam

Sila majukan kepada:
Kemilau Publika Sdn Bhd,
34-A, Jalan Pekaka 8/3,
Seksyen 8, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya,
Selangor. (Emelkan kepada: editorial@kemilau.com.my)


Photobucket
(Antara buku-buku terbitan Kemilau Publika)

Kata Kemilau Publika:


“Bermula dari bincang-bincang yang agak keterbatasan modal. Semangat dan harapan, idea kreatif dan penghargaan jiwa kami inginkan, ilmu ulama juga politikus mahir didokumenkan. Itu fundementalnya. Maka tercetuslah sebuah semangat untuk menghimpun karya-karya ulama' kita. Tersematlah sebuah idea dan gagasan menubuhkan sebuah penerbitan buku Islam.


“Pembungkahan idea pun dilakukan maka berdirilah Kemilau Publika Sdn. Bhd. Dengan staf hanya beberapa saja, dan bermodal semangat dan sedikit pengalaman, Annual Bakri Haron dan Masri Abu Soed bersama mengelola usaha ini.


“Dengan tema ‘MILIKI ILMU YANG TERTINGGAL’ maka perlu bagi umat merebut semua yang dilempar oleh ulama’ tersohor tanahair kita.


“Untuk visi ini Kemilau Publika lahir.
Untuk mengupaya membantu manusia sentiasa berada di landasan semangat ibadahnya dengan berilmu. Diasaskan semangat untuk mendidik masyarakat, Kemilau Publika mempersembahkan buku-buku Islami, mulai dari akidah, fikah, sirah, tafsir, akhlak dan politik.

“Alhamdulillah, kami telah bermula dari tahun 2007 hingga kini. Sokongan untuk kami begitu kuat, membuat kami teruja membikin lebih banyak untuk anda.”


Berkaitan: Cukup hanya ‘membaca’ al-Quran?
Bidadari Dari Timur: Memoir Isteri Seorang Pejuang

Annual Bakri suka menulis ucapan saya - TG Nik Abd. Aziz


Kuseru Namamu Kekasih: Empat wajah menuju cinta Allah
Novelis Islami dan penerbit harus keluar dari kepompong
Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu – novel Islami

Salju Sakinah, biasa-biasa sahaja

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger