Bangang, tolol, kemaruk emosi dan un-Islamic

Dan inilah yang terjadi. Tindakan bangang, tolol, kemaruk emosi dan un-Islamic yang dilakukan oleh ‘mereka’ yang berkenaan. AKU SANGAT MEMBENCI UNSUR PROVOKASI INI! Ketika perang pun agama Islam melarang menganggu-gugat tempat ibadah lain, ini pula ketika aman.

KENYATAAN AKHBAR PIMPINAN TERTINGGI PAKATAN RAKYAT

Kami mengutuk tindakan pihak tertentu yang menyerang 3 gereja di sekitar Lembah Klang awal pagi tadi. Serangan tersebut adalah satu perbuatan yang dikecam semua agama dan peradaban.


Perbuatan seperti itu tiada tempat dalam mana-mana nega
ra pun di atas dunia ini. Kami percaya ianya berpunca dari politik amarah yang sempit, ditambah dengan unsur provokasi jahat yang semakin menular dan runtuhnya rasa saling hormat menghormati dalam negara kita yang tercinta ini.

Setiap rakyat dalam negara ini, tanpa mengira agama, kaum, keturunan dan etnik seharusnya dapat menikmati keamanan spiritual dan fizikal mereka. Seharusnya sebarang perbezaan pendapat dan pandangan tidak terus dilebarkan.


Kami yakin sebarang perselisihan dapat diselesaikan dengan menumpukan usaha untuk membawa semua pihak ke meja rundingan.


Oleh yang demikian, seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat dengan t
egas meminta supaya individu atau mana-mana kumpulan yang menyebarkan api kebencian dan kekerasan sebegini agar dihukum dengan setimpalnya.

YB DATO SERI ANWAR IBRAHIM
, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Ketua Umum PKR


YAB LIM GUAN ENG
, Setiausaha Agung DAP

YB DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AW
ANG, Presiden PAS

Berkaitan:
Nama Allah: UMNO ditempelak TG Nik Abd Aziz lagi
Kalimah Allah dan Syariat Allah

(Demo Menjulang & Mempertahankan Kalimah Allah. Aik? Tengok dan fikir sendiri! Diambil dari blog Ruang Bicara Pria Malaya)

2 comments:

Zamsi said...

Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mengutuk perbuatan menyerang dua buah gereja iaitu Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dan Gereja Assumption di Jalan Templer, Petaling Jaya.

Ketua penerangannya, Salbiah Abdul Wahab dalam satu kenyataan berkata, DMPP yakin perbuatan provokatif itu sengaja dirancang pihak tertentu untuk mewujudkan kekecohan di kalangan masyarakat. (Sumber: Harakahdaily)

Rakyat Malaysia said...

Abdul Hadi Awang, PAS president:

"We condemn in the strongest way the attacks on the churches. This sort of action contradicts the teachings of Islam. It can only be done by people who do not understand their own religion. We had previously warned Umno against politicisng the Allah issue just to gain mileage with the Malay voters and we are now saddened to see the outcome."

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger