The regular passengers of RapidKL Light Rapid Transit (LRT) along the Terminal Putra Gombak–Kelana Jaya line were greatly puzzled on 16 January 2010, when the train was filled with people reading books, magazines and other reading materials.
Around 150 people participated in the ‘reading trip’ on the way to their destinations. This is thanks to the work of BACA@LRT, a campaign that aims to instill reading habits among Malaysians in general and LRT passengers in particular.
BACA@LRT originated as a Facebook group of the same name, which has attracted over 1,200 members nationwide. It plans to have reading events monthly.
The target is to steadily increase the frequency and the effects of reading culture amongst public transport users. (Source: MPH Quill)
*** Saya merupakan salah seorang yang menyahut seruan 'membaca di mana-mana'. Saya berbangga kerana tim Baca@LRT mencipta sejarah. InsyaAllah, sejarah yang akan menukar riak kecil kepada gelombang umat Malaysia tanpa mengira ras dan pegangan kepercayaan. Malaysia hanya satu. Justeru itu raikan ilmu dan nyahkan budaya hedonis yang cemar!
Tanggal 16 Januari 2010, saya berkereta ke Stesen LRT Putra di Gombak dan tiba di sana seawal 8.00 pagi. Program bermula jam 9.30 pagi. Justeru masih awal, maka saya membaca dalam kereta sambil makan bihun goreng. Saya membawa tiga buah buku; Numbered Account oleh Christopher Reich, 9 Nyawa oleh Ramlee Awang Murshid, dan Komik-M: Takaza oleh Sitrahaslee.
Alhamdulillah, saya sebagai pecinta buku dan ilmu sudah amalkan membaca dalam LRT sejak lama dahulu. Tatkala masih bekerja makan gaji, pada awalnya saya berulang-alik dari Ampang ke Bukit Jalil dengan menaiki LRT. Selama itu juga saya mesti membawa beg galas. Tiada apa-apa dalam beg tersebut, hanya buku! Masa terluang hampir 1 jam dalam perjalanan pergi dan balik kerja saya penuhi dengan membaca.
"Kau tak berjumpa kerana kau tak mencari." (Dialog dalam Takaza)
(Gambar: Keratan Berita Harian, 20 Januari 2010 yang bersejarah.)
P/s: Saya yang sudah lama tidak membaca Berita Harian, hari ini membelinya, hihihihi..
Berkaitan: Persepsi Melayu bila tengok kita gemar membaca
Budaya hedonis dalam Advencer Si Peniup Ney dicemuh
0 comments:
Post a Comment