Kita mungkin tidak bersetuju dengan Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin Islam. Atau sebagai seorang pemimpin yang menjaga kepentingan para Marhaen tetapi terdapat perkara-perkara yang dilaksanakan oleh beliau yang akhirnya diakui membawa manfaat kepada rakyat. Yang meletakkan Malaysia di peta dunia.
Walaupun terdapat perkara-perkara yang dilakukan oleh beliau yang merugikan rakyat sehingga hari ini tetapi keberanian beliau membuat sesuatu keputusan adalah sesuatu yang dikagumi ramai.
Seorang pemimpin mesti berani dan tegas, tidak kelihatan lemah ketika membuat keputusan. Tidak teragak-agak.
Ibnu Khaldun seorang ilmuwan Islam yang meninggal dunia lebih kurang 4 tahun selepas Parameswara membuka Melaka pernah membincangkan tentang ciri-ciri kempimpinan. Menurut beliau yang terkenal dengan kitab-kitab Muqaddimah dan Al-’Ibar, seorang pemimpin perlu disayangi dan juga digeruni.
Sama ada di peringkat cawangan, dewan atau kawasan, pimpinan adalah pimpinan. Memikul tanggung jawab masing-masing. Pimpinan yang lemah tidak akan membawa organisasi beliau ke mana-mana. Pemimpin mesti menghasil idea–idea yang luar biasa dan berani menghadapi risiko. Bak kata orang putih, ”No pain, no gain”. Baca seterusnya.
0 comments:
Post a Comment