Imam Hasan al-Banna adalah seorang yang benar-benar beriman. Allah telah melimpahkan berkat kasih-Nya kepada Hasan al-Banna. Beliau telah menunjukkan arah perjuangannya kepada para sahabatnya semenjak sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Ketika itu, perjuangan Ikhwanul Muslimin masih di peringkat awal dan belum lagi melalui ujian dan cabaran yang hebat. Berikut ialah kenyataannya ketika itu, yang ditujukan kepada para sahabatnya:
Wahai anggota Ikhwan, ramai daripada kamu semua masih belum menyedari
Apabila kamu berjaya mengatasi halangan-halangan ini barulah kamu akan menjadi pembawa panji-panji Islam yang sebenar. Hari ini kamu tidak dikenali, tetapi kamu akan merintis jalan perjuangan Ikhwan.
Jihad yang kamu lancarkan atas nama Allah tidak akan dihargai. Para pemerintah,
Pihak yang berkepentingan akan menggunakan segala cara yang mungkin untuk menggagalkan perjuangan kamu. Pihak yang lemah dan pengecut akan menggunakan kerajaan untuk tujuan tersebut.
Orang-orang yang berakhlak buruk akan sentiasa menentang kamu. Ada pula
Dalam keadaan beginilah kamu dikira benar-benar telah memasuki gelanggang pengalaman dan ujian. Kamu akan dipenjarakan, dibuang dan dihalau dari rumah kediaman. Harta kamu akan dirampas, rumah kamu digeledah dan tempoh ujian ini mungkin memakan masa yang lama.
Namun begitu, Allah telah berjanji bahawa Dia akan membantu para Mujahidin dan memberi ganjaran kepada para mukmin.
(Dipetik dari buku Detik-Detik Hidupku – Hasan al-Banna)
(Saya sedang baca buku-buku yang dipaparkan)
0 comments:
Post a Comment