Khalifah Umar al-Khattab lindungi orang Kristian di Jerusalem

24Jan2010

Khalifah Umar bin Khattab menandatangani sebuah perjanjian damai dengan orang-orang Kristian di Jerusalem, yang menyatakan:
“Ini adalah perlindungan yang diberikan oleh hamba Allah, Umar Amirul Mukminin, kepada orang-orang Jerusalem. Perlindungan ini adalah terhadap nyawa dan harta mereka, gereja dan salib mereka, sakit dan sihat mereka, dan untuk mereka semua yang seagama.

"Gereja-gereja mereka tidak boleh dijadikan tempat tinggal, ataupun dihancurkan. Tidak boleh ada yang melukai mereka ataupun merosak bangunan atau salib-salib mereka. Tidak boleh ada harta benda mereka yang dirosak dengan cara apa pun. Tidak boleh ada pemaksaan kepada orang-orang tersebut dalam hal agama. Juga tidak satu pun dari mereka yang boleh dilukai atas nama agama.”

*** Syamail Muhammad s.a.w ialah himpunan hadis oleh Imam al-Tirmizi tentang Rasulullah s.a.w dalam aspek kehidupan baginda. Buku ini merupakan sebuah buku terbitan asal dalam bahasa Indonesia. Ia telah diterbitkan semula dengan beberapa nilai tambah supaya mudah dihayati oleh masyarakat di Malaysia oleh Telaga Biru Sdn. Bhd. Maklumat lanjut di sini.

Berkaitan:
Bangang, tolol, kemaruk emosi dan un-Islamic

0 comments:

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger