Beberapa madah dan ungkapan untuk renungan

28Jan2010

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.

Akal yang cerdik adalah akal yang berteraskan kepada iman, yang menggunakan segenap ilmu bagi mencapai keredaan Allah, sekalipun dibenci oleh kebanyakan orang.
… Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat

Tiga sifat tercela dan paling berbahaya kerana dapat merosakkan keimanan, iaitu sombong, riyak dan dengki. Sombong adalah penyakit orang-orang kaya, riyak adalah penyakit para ahli ibadat dan dengki adalah penyakit para ulama (atau cerdik pandai)
Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni

”Pada tahun 1999, saya mula nampak satu harapan, saya kata harapan Malaysia masih ada, apabila pada tahun itu, semasa pilihanraya wanita (muslimat) PAS minta bendera DAP dan wanita DAP tidak takut pegang bendera PAS.”

.....Ahli Dewan Undangan Negeri Triang, Pahang, saudara Leong Ngah Ngah, DAP Pahang.

2 comments:

mudin001 said...

Akhi, terima kasih atas perkongsian. Saya suka ungkapan yang pertama dan kedua. Pertama, satu pesanan yang penuh kelembutan. Menusuk ke hati.
Kedua, kata-kata yang terus menangkap ke minda.

:)

Web Sutera said...

Sahabat hamba, sdr Mudin. Alhamdulillah. Ilmu itu hak Allah. Kita sampai-sampaikan seluas munngkin.

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger