Iklan terbaru oleh Kerajaan Pusat (yang dibayar dengan duit rakyat)
Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang mencadangkan usul tersebut di dalam sesi terakhir Dewan Rakyat pada Disember 2009 yang lalu dengan niat menghalang BN dari terus memanipulasi kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan-kerajaan negeri kepada Kerajaan Pusat di masa pentadbiran Tun Abdul Razak untuk menghukum rakyat Kelantan.
Semasa APP 1974 dirangka,
Niat dan tujuan APP (apabila merujuk kepada telaga minyak luar pesisir pantai) adalah cukup jelas, sehinggakan dimensi sempadan dan jarak jauh dari pantai untuk menentukan sempadan negeri tidak ditimbulkan di dalam APP langsung.
Pendirian dan pendapat Kerajaan Pusat dan kerajaan-kerajaan negeri pada ketika itu adalah sangat jelas, iaitu apa-apa perolehan dari carigali hidrokarbon di atas darat atau di luar pesisir pandai di dalam wilayah negeri perlu dibayar dengan bayaran tunai (kemudian dipanggil royalti). Pendirian ini dikukuhkan lagi dengan rasa hormat dan tanggungjawab Kerajaan Pusat dan kerajaan-kerajaan negeri kepada semangat persekutuan, di samping mengambil kira kebajikan rakyat di setiap negeri.
Tiga dekad kemudian, BN mencabul kepercayaan dan budi bicara di antara Kerajaan Pusat dan kerajaan-kerajaan negeri yang tercapai dalam tahun 1974, dengan menafikan hak rakyat Kelantan mendapatkan royalti atas alasan terma “luar pesisir pantai” yang kabur di dalam APP,
Maksud dan niat yang termaktub di dalam APP adalah jelas, terutamanya apabila negara kita tidak mempunyai telaga minyak yang berada dalam lingkungan 3-batu nautika sejak petroleum dijumpai di negara ini. APP tidak dirangka dalam tahun 1974 dengan merujuk kepada telaga minyak yang tidak wujud; ia merujuk kepada realiti operasi yang wujud dalam industri minyak dan gas negara pada ketika itu – maknanya semua telaga minyak luar pesisir pantai berada jauh dari pantai.
Sebenarnya, apa yang juga jelas ialah niat BN untuk mengkhianati semangat perjanjian yang menjulang kebajikan rakyat, dengan menggunakan persoalan remeh-temeh mengenai istilah di dalam APP. Ini terus dilakukan, walaupun telah berkali-kali mereka yang merangka APP, termasuklah Pengerusi PETRONAS yang pertama Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, menjelaskan bahawa niat dan maksud istilah “luar pesisir pantai” di dalam APP merujuk kepada mana-mana telaga minyak di luar pantai sesebuah negeri.
Oleh itu, cadangan pindaan oleh YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertujuan untuk menegakkan dan membawa kembali niat dan semangat perjanjian ke dalam APP (dengan memberikan definisi yang nyata mengenai istilah “luar pesisir pantai” yang melambangkan niat dan semangat perjanjian dalam tahun 1974); supaya kita dapat menghalang sesetengah pihak yang berniat buruk dari terus memanipulasi APP untuk menganiayai rakyat Kelantan.
0 comments:
Post a Comment