Dr. Syed Husin Ali saman Utusan Malaysia RM10 juta

Pada 24 Mac 2010 yang lalu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), saudara Dr. Syed Husin Ali telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia.

Surat yang dihantar melalui Peguambela/Peguamcara Edwin Lim Suren dan Soh kepada Pengarang dan Pengarang Pengurus Utusan Melayu Bhd dan juga Zamil Ibrahim, menuntut mereka meminta maaf dan membayar ganti rugi RM10 juta.


Dr. Syed Husin berkata, “ini berkaitan sebuah berita fitnah yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 6hb Mac 2010 di bawah tajuk “RM500,000 Syed Husin dicabar lapor polis”.

Dalam berita tersebut dituduh Syed Husin menerima RM500,000 daripada Anwar Ibrahim sebagai bayaran untuk membubar Parti Rakyat Malaysia (PRM) bagi memudahkan percantuman dengan Parti Keadilan Nasional dan membentuk Parti Keadilan Rakyat.

“Sekiranya tiada jawapan daripada mereka dalam tempoh tujuh hari dari tarikh surat tuntutan itu, tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia akan diambil,” jelas Syed Husin dalam satu kenyataan akhbar.

Berkaitan:
Dua Wajah membuka rahsia kezaliman penggunaan ISA

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger