Hey, itu adalah budaya UMNO/BN!

Saya baru tiba di rumah dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Taman Maluri, Kuala Lumpur atas urusan pendaftaran kelahiran anak. Buka sahaja emel, dalam inbox ada satu kenyataan akhbar yang memang saya nantikan.

Baca kenyataan yang dikemukakan oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Syed Husin Ali. Satu lagi pendedahan terhadap orang yang kecewa kerana tidak memperoleh habuan dunia! Itukah perjuangan segelintir pimpinan PKR selama ini, iaitu bila mendapat kuasa, duit dan perut yang menjadi agenda? Hey, itu adalah budaya UMNO/BN!

"Saya tidak tahu dan tidak ingin tahu apakah peranan yang dimainkan oleh bekas setiausaha agung KEADILAN, Datuk Salehuddin Hashim (foto) Beliau menafikan tuduhan sesetengah pihak bahawa beliaulah di belakang tindakan Anggota Parlimen (AP) yang keluar parti dan saya mempercayainya.

Orang sudah tahu semua ADUN dan AP yang keluar mempunyai masalah kewangan ataupun masalah disiasat oleh SPRM. Namun tidak dinafikan ada juga masalah peribadi dengan pimpinan parti atau kerajaan negeri. Boleh dikatakan semuanya menemui PM Najib Razak dan ada kalanya isteri beliau, Rosmah Mansor, sebelum bertindak keluar.

Saya sentiasa berpendapat bahawa apabila daki sudah dibersihkan, kulit akan lebih menarik dan badan lebih sihat. Kita harus jangan lupa bahawa dalam sejarah permulaannya PAS, DAP dan bahkan UMNO menghadapi masalah presiden, setiausaha agung dan pemimpin lain mereka berhenti. Akhirnya semua parti muncul lebih kuat.

Salehuddin telah memberikan khidmat baik kepada KEADILAN selama kira-kira enam tahun, tiga tahun sebagai Setiausaha Pengelola dan tiga lagi sebagai Setiausaha Agung. Biro politik telah mencatatkan terima kasih atas jasanya.

Ada anggapan kononnya parti mendapat khidmat Salehuddin secara percuma. Saya ingin merakamkan yang sebenar, iaitu Salehuddin bersetuju dibayar RM9,000 sebulan, walaupun asalnya beliau meminta US3,000 sebulan. Bayaran ini dibuat bukan oleh parti tetapi oleh salah seorang penyokong.

Saya memang tahu selama beliau berkhidmat dengan baik, sikap Salehuddin terhadap parti, terutama pimpinannya, sering turun naik. Akan tetapi kemarahan beliau memuncak apabila “permohonannya” untuk menjadi CEO Syarikat Perangsang, yang membawa gaji lebih dari RM50,000 sebulan, ditolak tidak lama sebelum beliau meletakkan jawatan.

"Kini Salehuddin meramalkan kira-kira 10 orang lagi AP akan keluar parti. Biarkanlah Salehuddin dengan ramalannya dan hanya masa saja yang akan membuktikan sama ada ramalan itu akan terbukti tepat atau tidak. Namun, dengan maklumat yang ada pada saya, saya percaya ini hanya sebagai tuduhan melulu bersifat perang urat saraf yang tidak mempunyai asas kukuh."

--- DR. SYED HUSIN ALI, Timbalan Presiden, PKR.

Nota tambahan:
Saya kagum dengan Dr. Syed Husin Ali. Dari dahulu sampai sekarang perjuangannya utuh dan terus kukuh. Walaupun arus demi badai melanda, beliau tetap istiqamah dalam perjuangan. Inilah contoh manusia yang patut diangkat menjadi pemimpin. Baca buku beliau di sini.

** Saya membaca di mana-mana. Bagaimana saudara?

1 comments:

ArAd said...

Petikan dari buku Zaid Ibrahim, 'Saya Pun Melayu'
Bab 9:Menjadi Peguam;
Kawan lama saya semasa bujang Sallehuddin Hashim (Sekarang Datuk & berjawatan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat) ialah org kanan Halim Saad di United Engineers M'sia Bhd pada masa itu.Masa kami bujang, kami sewa sebuah bilik di Brickfields. Sallehuddin gemar guna kereta yg mahal tp selalu tdk ada minyak. Sayalah yg kena bantu, maklumlah peguam muda.Sallehuddin yg memperkenalkan saya kpd Halim Saad & menyakinkan beliau supaya memberi peluang kpd sya utk dilantik sbg peguam kpd konsesi UEM-PLUS Highway yg baru diswastakan oleh kerajaan. Saya terhutang budi & berterima kasih kpd Sallehuddin dan Halim yg memberi peluang ini kpd syarikat saya, walaupun pd masa itu sy belum ada pengalaman dlm bidang project finance & penswastaan. m/s;168

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger