POLIS MENGGANAS! Polis Gempur Pentas Konvensyen 2 Tahun PR

Konvensyen 2 Tahun Pakatan Rakyat gempar apabila polis dan 200 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dikerah menggempur majlis tersebut.

Dalam kejadian 9.55 malam tadi, ribuan hadirin yang turun untuk mendengar syarahan dari pimpinan Pakatan Rakyat terkejut dengan keganasan mendadak ini.


Wartawan kami (TV Selangor) di lapangan melaporkan ramai yang menjadi mangsa hayunan belantan, bahkan ada yang turut dipijak selepas terjatuh. Sasaran mereka adalah pentas utama, yang menempatkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Orang-ramai segera memenuhi ruang pentas, mengutuk keganasan ini. Laungan reformasi kembali bergema di padang bersejarah ini, yang pernah menyaksikan kebangkitan rakyat Malaya menentang penjajah.


Ketika kejadian berlaku, Anwar bagaimanapun belum tiba di lokasi. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berjaya diselamatkan, manakala Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali, Naib Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden Pas Mahfuz Omar berundur dan mengekalkan solidariti mereka dari dalam Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.


"Kita tidak akan berundur, ketika menghadapi kuku besi kezaliman," laung seorang aktivis. Laungan reformasi semakin kuat, dan polis kelihatan berwaspada dengan raifal pelancar gas pemedih mata.

Polis memberi alasan bahawa permit ceramah hanyalah untuk di dalam dewan sahaja. Dua trak meriam air dikerah ke l
okasi, mendesak orang-ramai mengosongkan padang Kelab Sultan Sulaiman.

Sebaik sahaja Anwar tiba, polis memberi keizinan untuk meneruskan ceramah. Orang-ramai kini memenuhi segenap ruang dewan, untuk mendengar amanat dari Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.


Ini adalah kejadian kedua polis menghalang acara Pakatan Rakyat. Polis malam semalam menghentikan makan malam anjuran DAP di Kepong.


Pada malam ini, dua tahun lalu, Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di empat negeri dan merampas 82 kerusi Parlimen dalam satu kemenangan bersejarah yang menafikan majoriti dua-pertiga Umno-BN.
(Laporan TV Selangor)

Harakahdaily
melaporkan
akibat serbuan itu, tiga petugas PR cedera, seorang cedera di tangan manakala dua lagi lebam pada muka dan kepala. Mereka kemudiannya membuat laporan polis.

Dalam ucapannya selepas itu, Mahfuz mengucapkan terima kasih kepada polis kerana dengan tindakan itu orang ramai semakin benci kepada UMNO.

Ketika ceramahnya Azmin mendakwa "tadi ada beberapa pemimpin dibelasah oleh polis."

(
Laporan The Malaysian Insider pula di sini.)

P/s: Sahabat, tajuk aku letak ialah POLIS MENGGANAS, atau UMNO MENGGANAS!? Atau sama sahaja; UMNO itu POLIS, POLIS Itu UMNO??

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger