Polis tembak, tendang hingga patah tulang rusuk – Norizan

Mangsa tembakan polis, Norizan Salleh hari ini (1 April 2010) mengunjungi sidang Dewan Rakyat bagi menyerahkan memorandum kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Hussein.

Ia berikutan beliau tidak mendapat sebarang jawapan daripada kerajaan selepas beberapa memorandum sama diserahkan sejak Januari lalu.

"Saya datang untuk mengetahui kenapa saya ditembak pada malam tersebut. Sampai sekarang saya tidak tahu apa sebabnya. Saya sangat terkejut dengan peristiwa itu," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, masing-masing satu memorandum diserahkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan di Bukit Aman pada 4 Februari dan Suhakam 11 Februari lalu.

Norizan (foto) kemudian cuba menyerahkan memorandum itu kepada Hishamudin pada 25 Februari lalu di pejabat KDN, Putrajaya tetapi gagal.

Pada 30 Oktober 2009, Norizan ketika berada dalam kereta ditembak dan ditendang sehingga patah tulang rusuk ketika merangkak keluar dari kereta, dengan darah mengalir dari tubuhnya.

P/s: Jika rakyat
Malaysia kata POLIS JAHAT, engkau orang marah! Engkau orang gertak! Apahal? Memang POLIS JAHAT!

Berkaitan:
Sudahlah kena tembak, memorandum pun tak mahu diterima!?
Ketua Polis Negara jahat, Peguam Negara jahat! - Nurul Izzah


0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger