Pandangan penulis yang aku hormati, Azizi Abdullah, sangat terkesan di hati. Betapa (mungkin) majoriti orang Melayu masih lagi sanggup digula-gulakan demi membenarkan penguasa Melayu yang tamak itu terus menunjang bumi fana ini. Betapa bangsa Cina jauh lebih terbuka mindanya.

Sebab itu bila ada pihak mengatakan bahawa bangsa Melayu masih dikongkong oleh hagemoni Melayu UMNO, segelintir dari kita marah. Tidakkah itu semua benar?

Mujur aku bukan Melayu sebegitu. Mujur aruah ayahku bukan juga Melayu sebegitu. Kata Azizi Abdullah:

“Golongan orang Melayu seperti di Felda, atau pekebun kecil, penoreh, peniaga kecil sebenarnya takut kepada kehidupan yang mereka alami sekarang dan kesenangan, masa depan bagi mereka berada kepada orang yang berkuasa.

“Saya tidak berhasrat tidak menghormati kemenangan BN. Tetapi tentu sekali sedih kerana orang Melayu mengambil sikap ‘sedar’ dalam keadaan terdesak dan memiliki kesedaran dalam keadaan sedang tetapi akan ‘berpada-pada’ ketika ia digula-gula.

“Kenapa bangsa Cina tidak begitu?
Saya melihat ini kerana tanggung jawab pemimpin kedua-dua bangsa ini berlainan. Peranan dan tanggung jawab pemimpin Melayu terhadap bangsanya hanyalah tanggung jawab mengekalkan kuasa, bukan mencerdikan bangsa. Pintu kekritisan, pintu berfikir, malah apa lagi pintu bertindak tidak pernah dibuka. Jika hendak terbuka, ia cepat-cepat dipalam.

“Ulu Selangor hanya pada nama sebagai kawasan terpencil dan ketinggalan. Sebenarnya tidak. Tetapi apabila beberapa ribu orang Melayu yang tinggal di daerah yang dikatakan ‘ulu’ ini, di sinilah kesempatan diambil agar orang Melayu tidak bangkit. Orang Melayu akan disuruh diam-diam dan jika hendak bangkit juga, satu sogokan mestilah diberi.


“Ternyata hal ini menjadi. Ternyata orang Melayu terima. Maka jika ini menjadi permulaan analisis, elok sekali hal ini dibetulkan.”
Komentar penuh saudara Azizi Abdullah di sini.
Berkaitan:
Hulu Selangor: Najib has nothing to celebrate

1 comments:

Lintau Perak said...

Dalam negara yg mengamalkan sistem demokrasi ini, Sememangnya tugas UMNO untuk mempertahankan kuasa politik supaya sentiasa berada di tangan orang Melayu Islam dan bumiputera yg lain.

Dengan kuasa politik inilah dapat dibangunkan agama, ekonomi, kebajikan sosial dll.

Minda orang china tidak begitu. mereka memang maju dan terkehadapan. Mereka memiliki segalanya dan memang tidak mengharapkan apa-apa dari pemimpin Melayu Islam.

Mereka mahu kuasa politik dan menguruskan negara ini lebih maju. Bukan slow sebagaimana yg ada pada hari.

Mereka mahu KUASA POLITIK. Meraka tidak mahu UMNO, PAS, PKR dan apa sahaja yang kemelayuan dan keislaman kecuali yang mahu mengikut telunjuk mereka.

DAP sudah berjaya menyusupkan ideologi Malaysian Malaysia iaitu akar dioktrin komunisme ke dalam pemikiran pemimpin dan pengikut PAS dan PKR termasuklah penulis-penulis seperti Azizi Abdullah.

Wallahua'lam.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger