Palestin: Nasibmu aku tangisi

Kira-kira 1,000 kenderaan dari seluruh Malaysia dijadualkan menyertai "konvoi nasional untuk Gaza" Sabtu ini. Peserta konvoi anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) akan menuju ke Masjid Negeri Selangor, Shah Alam, lapor Malaysiakini.

Setiausaha agung MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata program itu diadakan sebagai tanda sokongan padu kepada umat Islam di Gaza, Palestin yang kini dalam kesengsaraan dan kedhaifan akibat kezaliman Israel.

"Menurut keputusan yang dibuat oleh Rabithah Ulama Palestin, pembebasan Masjid Al-Aqsa - kiblat pertama umat Islam dan saudara yang terkepung di Gaza - wajib fardhu Ain dibebaskan oleh umat Islam seluruh dunia," katanya.

Pada 24 Mei ini, katanya, kumpulan konvoi 20 kapal laut yang dikoordinasi oleh badan antarabangsa 'Free Gaza Movement' akan bergerak dari pelabuhan Turki ke pantai Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza.

“MAPIM sebagai sebuah wadah gabungan NGO Islam seluruh Malaysia, sedang mengusahakan pengumpulan bantuan ubatan, makanan dan keperluan pendidikan yang bernilai RM1 juta untuk dihantar dari Malaysia bersama salah sebuah kapal tersebut," jelas Mohd Azmi.

Mengenai konvoi Sabtu ini, beliau berkata, kesemua kenderaan yang mengambil bahagian dijadual tiba di Masjid Negeri Selangor di Shah Alam pada jam 5 petang. "Pelbagai acara akan diadakan termasuk ceramah khas 'Palestin Terkini', solat hajat, pameran palestin dan lain-lain," tambahnya.

Menurutnya, konvoi dari utara akan berkumpul di Dataran Laguna Merbok, Sungai Petani dan akan bergabung bersama konvoi dari Pulau Pinang dan Perak di R&R Lebuhraya PLUS.

"Pendaftaran konvoi kawasan utara masih dibuka," katanya sambil menambah mereka yang berminat menyertainya, boleh menghubungi Rizal Mokhtar di talian 019-4640200.

Manakala orang ramai yang tidak berkonvoi, dijemput hadir menghadiri acaara kemuncak program itu di Masjid Negeri Shah Alam pada jam 5 petang Sabtu ini, ujarnya. Di samping itu, kata Mohd Azmi, orang ramai juga dialukan memberi sumbangan untuk tabung viva Palestin. (Sumber: Malaysiakini)

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger