Tip bijak mengurus wang

Beberapa tahun tidak lama dahulu, saya dan isteri memiliki lima kad kredit dari beberapa institusi kewangan. Justeru sikap saya yang ‘tidak kedekut’ dan tidak pandai menguruskan kemudahan kredit tersebut, hutang kad kredit semakin membebankan. Pada mulanya memang seronok berbelanja, maklumlah bayar banyak kepada peniaga, tetapi kita hanya perlu bayar 5 peratus sahaja dari jumlah sebenar kepada institusi kewangan.

Pastinya sebahagian kecil perbelanjaan saya ialah membeli buku dan novel yang memenuhi rak buku di rumah. Pihak institusi kewangan pula bila melihat rekod bayaran kita bagus, mereka akan menaikkan had kredit saban tahun. Kenaikan had kredit secara tidak langsung turut menaikkan ‘semangat’ saya dan isteri untuk kian tidak kedekut. Sampai ketika saya dan isteri mulai terasa bebanan kad kredit tersebut.


Tidak salah memiliki kemudahan kad kredit, namun tuan-tuan dan puan-puan mesti memiliki disiplin yang tinggi dalam menguruskan perbelanjaan. Jangan jadi gila dengan kemudahan yang diberikan. Pengalaman banyak mengajar saya dan isteri.


Berkaitan dengan hal ini, di sini ada sebuah ebuku bertajuk Tip Bagaimana Hendak Mengurus Wang Dengan Lebih Efektif.
Boleh lihat, baca dan yakinkan sendiri. Klik di sini.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger