Harakah pula kena?

26 Rejab 1431 Hijrah - Lambat sikit aku memblog berita berkenaan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Mahmud Adam dalam kenyataannya berkata KDN telah memberi surat tunjuk sebab kepada akhbar PAS, Harakah.

Harakahdaily melaporkan pihak pengurusan Harakah sedang mengendalikan isu permit akhbar itu yang tamat 7 Julai semalam dan belum diperbaharui oleh KDN hingga kini.


"Isu ini sedang dikendalikan oleh pengurusan Harakah," kata Pengerusi Jamaah Pengurus Harakah, Datuk Mustafa Ali dalam kenyataan ringkasnya. Mustafa yang juga Setiausaha Agung PAS berkata demikian ketika mengulas laporan media hari ini.


Harakah pula diberikan masa tujuh hari untuk menjawab surat itu. Pemangku Ketua Pengarang Harakah, Taufek Yahya berkata, pihaknya baru menerima surat itu hari ini (8 Julai 2010). Pada 5 Julai lepas, Taufek telah dipanggil mengadap lapan pegawai KDN di Putrajaya yang diketuai Timbalan KSU kementerian itu.


Jadi, apa cerita? Sahlah, semakin hampir dengan pilihanraya umum ke-13. UMNO/BN kian menyempitkan ruang bicara dan diskusi yang dihalalkan oleh demokrasi. Biar apa sahaja ulah menteri KDN terkini, biar apa pun tohmah dan ‘penerangan’ beliau, aku tetap katakan bahawa itulah sikap mereka, dulu dan kini.

Sudah semakin hampir. Biarkan mereka terus berangan-angan dan angkuh dengan tonggak kuasa yang sebentar itu. Biarkan mereka hanyut dengan gelombang kesedaran rakyat. Tindakan pengantungan permit Suara Keadilan dan surat tunjuk sebab kepada Harakah menyerlahkan ketakutan mereka. Kebenaran pasti menang biarpun ditutup dengan tabir hitam yang serba legam!

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger