skip to main |
skip to sidebar
11 Syaaban 1431 Hijrah - Salah seorang rakan di dunia fizikal dan juga rakan sembang di laman sosial, bernama Abang Long yang menggunakan logo jati diri di sebelah kiri, bertanya begini:
Untuk memajukan institusi masjid, apa kata kita:
- - Melantik lelaki bawah usia 40 tahun menjadi Nazir.
- - Melantik remaja lelaki dan remaja perempuan menjadi AJK.
- - Melantik Ketua Kampong menjadi Penasihat.
Ada sokongan? Ada bantahan?
Jawapan saya ialah:
Abang Long, orang muda banyak idea, juga gagah dalam merangka program. Namun orang muda juga mungkin sedikit gelojoh. Jadi pantauan orang lebih berusia amat perlu andai semua AJK muda-muda.
Sokongan orang muda amat perlu dalam memakmurkan masjid dan programnya. Orang tua pula jangan cepat melatah :-)
Jawapan susulan Abang Long begini:
Tuan Web - Masalahnya, majoriti orang tua tidak mahu menerima nasihat dari orang muda, mereka rasa tercabar.
Bagaimana dengan pendapat sahabat pengunjung blok ini?
Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger
0 comments:
Post a Comment