5 Syaaban 1431 H - Saya sedar menceburi bidang bisnes banyak risiko. Salah satu risikonya ialah penipuan. Bisnes katering pun tidak terlepas dari anasir penipuan ini. Saya pun terkena sama. Ironinya para penipu tersebut ialah orang Melayu yang beragama Islam! Orang Cina tidak pula berperangai demikian. Mengapa? Di mana silapnya?
Kali pertama saya kena tipu ialah semasa ingin menubuhkan sebuah entiti bisnes yang berorientasikan pengambilan pekerja asing secara sah bagi bekerja di Malaysia. Sebagai permulaan, seorang Melayu yang manis bicara, santun lakunya, mensyaratkan sejumlah wang ringgit sebagai modal asas.
Terlalu naif berangkali di waktu itu, saya pun menyerahkan sejumlah wang tunai tersebut. Walaupun tidak banyak tetapi cukup signifikan pada waktu itu, sebagai modal permulaan. Alih-alih wang dan rakan Melayu itu lesap!
Kes kedua, dalam bisnes katering yang sedang saya bangunkan ini. Saya acap kali mendapat pesanan katering dari rakan Melayu ini bagi majlis yang berlangsung di premis tempat dia bekerja. Wang modal habis, tetapi untung entah ke mana. Akhirnya jumlah hutang terkumpul yang sepatutnya dibayar kepada saya berjumlah lebih dari RM6,000! Rupanya mamat seorang ini songlap wang syarikat yang dibayar oleh klien. Syarikat tempat dia bekerja dan saya kena tipu. Wang hangus masuk perut sendiri!
Apa sudah jadi dengan orang-orang Melayu ini? Merosakkan bisnes bangsa sendiri.
Habis itu bagaimana kedudukan saya? Hendak berundur tidak sama sekali! Itu semua ujian dari Tuhan untuk saya. Semangat tetap membara, bukan marah, tetapi ingin terus meraduk gelombang. Rezeki dari Tuhan, bukannya dari manusia. Perjuangan tetap diteruskan.
Nota taakulan: Tidak pula saya maksudkan Melayu itu tidak boleh dipercayai. Juga tidak pula saya katakan Cina itu semuanya baik. Namun manusia itu berbeza. Rambut mungkin sama hitam atau sama perang, tetapi ada niat jahat tersendiri. Jadi berhati-hati.
Cuma mungkin ada segelintir dari kita, tanpa mengira Melayu, Cina, India atau bangsa lain, yang mencari wang secara tidak jujur atau terlibat dalam sendiket tertentu. Sementelah pula dengan adanya Internet dan web yang memungkinkan kaedah penipuan semakin menjadi mudah. Pengalaman mengajar saya. Jangan orang lain juga bersikap begitu naif.
(Foto apa yang saya sertakan di atas? Sila klik foto tersebut untuk mengetahuinya, insyaAllah.)
Dari sudut yang lebih luas, untukMalaysia yang lebih baik dan cemerlang, gemilang, terbilang, semestinya ruang lingkup minda mesti dianjak untuk melihat sesuatu melalui ruang yang lebih bebas, terbuka dan adil. Dengan itu, perubahan bukan sesuatu untuk datang bergolek, kita mesti berani untuk menilai dan mengambil langkah yang positif.
Kali pertama saya kena tipu ialah semasa ingin menubuhkan sebuah entiti bisnes yang berorientasikan pengambilan pekerja asing secara sah bagi bekerja di Malaysia. Sebagai permulaan, seorang Melayu yang manis bicara, santun lakunya, mensyaratkan sejumlah wang ringgit sebagai modal asas.
Terlalu naif berangkali di waktu itu, saya pun menyerahkan sejumlah wang tunai tersebut. Walaupun tidak banyak tetapi cukup signifikan pada waktu itu, sebagai modal permulaan. Alih-alih wang dan rakan Melayu itu lesap!
Kes kedua, dalam bisnes katering yang sedang saya bangunkan ini. Saya acap kali mendapat pesanan katering dari rakan Melayu ini bagi majlis yang berlangsung di premis tempat dia bekerja. Wang modal habis, tetapi untung entah ke mana. Akhirnya jumlah hutang terkumpul yang sepatutnya dibayar kepada saya berjumlah lebih dari RM6,000! Rupanya mamat seorang ini songlap wang syarikat yang dibayar oleh klien. Syarikat tempat dia bekerja dan saya kena tipu. Wang hangus masuk perut sendiri!
Apa sudah jadi dengan orang-orang Melayu ini? Merosakkan bisnes bangsa sendiri.
Habis itu bagaimana kedudukan saya? Hendak berundur tidak sama sekali! Itu semua ujian dari Tuhan untuk saya. Semangat tetap membara, bukan marah, tetapi ingin terus meraduk gelombang. Rezeki dari Tuhan, bukannya dari manusia. Perjuangan tetap diteruskan.
Nota taakulan: Tidak pula saya maksudkan Melayu itu tidak boleh dipercayai. Juga tidak pula saya katakan Cina itu semuanya baik. Namun manusia itu berbeza. Rambut mungkin sama hitam atau sama perang, tetapi ada niat jahat tersendiri. Jadi berhati-hati.
Cuma mungkin ada segelintir dari kita, tanpa mengira Melayu, Cina, India atau bangsa lain, yang mencari wang secara tidak jujur atau terlibat dalam sendiket tertentu. Sementelah pula dengan adanya Internet dan web yang memungkinkan kaedah penipuan semakin menjadi mudah. Pengalaman mengajar saya. Jangan orang lain juga bersikap begitu naif.
(Foto apa yang saya sertakan di atas? Sila klik foto tersebut untuk mengetahuinya, insyaAllah.)
Dari sudut yang lebih luas, untuk
0 comments:
Post a Comment