9 Syaaban 1431 H - Assalamualaikum. Aku dengar dan nampak dalam masa dua tiga hari ini timbul semula kelibat hantu 'Perpaduan-Melayu'. Aku sudah naik menyampah akan isu ini. Makhluk 'Perpaduan-Melayu' yang dikatakan itu mana ada.
Yang aku pelik bin hairan ialah ada lagi beberapa pimpinan PAS yang masih mengait benang bagi membuat pukat untuk menjerat kelibat 'Perpaduan-Melayu'. Lagi dan lagi! Apa hal, weii??!! Takkan masih belum belajar sejarah wahai sesetengah pimpinan PAS. Ada Rasulullah Muhammad bin Abdullah (Sallallahhu’alaiwasallam) ajar akan 'Perpaduan-Melayu' (atau lebih tepat di era itu ialah 'Perpaduan-Arab')?
Islam wei, Islam. Bukan Melayu. Ingat, Abu Lahab dan Abu Jahal ialah keluarga Muhammad bin Abdullah (Sallallahhu’alaiwasallam). Ada Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam) berseru kedua-dua musuh Islam itu supaya berpadu atas nama bangsa Arab? Belajar wei, belajar!
Tidakkah tuan-tuan sedar bahawa UMNO memunculkan kelibat 'Perpaduan-Melayu' bila dia orang lemah, tersepit, kalah, tidak diterma lagi dan sudah hendak mampus? Sudah lama semboyan ditiup bagi menyeru hantu 'Perpaduan-Melayu' ini muncul dari kubur setiap kali mereka lemah, tersepit, kalah, tidak diterma lagi dan sudah hendak mampus.
Aik? UMNO yang tiup semboyan dan serunai. Mengapa tuan-tuan menari meliuk lintuk mengikut rentak tari sumbang mereka? Walaupun gemalai tarian mereka, tetapi sumbang dan sudah mahu rebah!
Bagi aku, mudah. Aku bukan ustaz, apa lagi bergelar ulamak. Aku hanya pencinta Islam., walaupun aku insan berdosa. Walaupun ada pimpinan PAS keluarkan ayat Quran dan hadis Rasulullah (Sallallahhu’alaiwasallam) bagi mengajak makhluk 'Perpaduan-Melayu' masuk, pendirian aku tetap. Islam ada segala. 'Perpaduan-Melayu' hanya slogan murahan. Letihlah weii...!!
Memang benar Rasulullah (Sallallahhu’alaiwasallam) mengajar umat Islam boleh berkawan dan berdamai dengan sesiapa sahaja, hatta dengan Yahudi sekalipun. Tetapi yang Rasulullah (Sallallahhu’alaiwasallam) suruh ialah berkawan dengan orang-orang yang tidak menentang Islam dan apa yang dinyatakan dalam Quran.
Hak tetap hak. Batil tetap batil. Tak fahamkah?! Sekali lagi aku nyatakan bahawa aku bukan ustaz, apa lagi ulamak. Aku insan berdosa yang mencari Bumi CintaNya.
(P/s: Foto di atas tiada kaitan dengan komentar ini. Mahu tahu apa, klik di sini)

0 comments:
Post a Comment