SYABAS terus ANGKUH!

17 Syaaban 1431 H - Dalam pada kerajaan Selangor meminta Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menyelaraskan tarif air bagi meter individu dan meter pukal, sang kapitalis itu pula mengaum untuk menyaman kerajaan negeri.

Ketika ini, Syabas mengenakan tarif yang berbeza mengikut jenis meter. Bagi meter individu, 20 meter padu dikenakan RM11.40, RM16.00 untuk pengguna meter pukal bagi pangsapuri kos rendah dan RM27.00 bagi pangsapuri bukan kos rendah.


Kerajaan negeri Selangor berpendapat perbezaan tarif air mengikut jenis meter tidak patut berlaku dan akan mengadakan rudingan bersama pihak Syabas agar tarif perkhidmatan air diselaraskan untuk semua.


Perbezaan tarif mengikut jenis meter ini diketahui ketika kerajaan negeri sedang memperluaskan pemberian air percuma 20 meter padu setiap bulan kepada penghuni rumah kos rendah yang mengggunakan meter pukal.


Agensi berita Bernama melaporkan Syabas sedang dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Selangor untuk menuntut pampasan kerana menangguhkan pelarasan tarif air.


Ketua Pegawai Operasinya Datuk Lee Miang Koi berkata sehingga hujung tahun ini, pampasan yang perlu dibayar kepada Syabas dijangka mencecah RM1 bilion.


"Syabas akan tuntut pampasan, kami sedang menimbang untuk ambil tindakan undang-undang, ikut perjanjian konsesi kami memang berhak ambil tindakan undang-undang," katanya dipetik oleh Bernama.


Itulah dia Syabas. Degil dan angkuh! Apa jua alasan untuk menegakkan benang yang basah, pastinya semua ada tujuan yang tidak baik oleh Syabas, sebuah syarikat yang mengamalkan konsep urusniaga kapitalis! Dia orang sengaja mengalih isu dan cuba memutar-belitkan apa yang sebenarnya sedang berlaku.


SYABAS angkuh atas nama 'undang-undang'. Kau orang ingat dengan 'undang-undang' itu boleh terus menongkat langit dunia? Engkau orang ingat aku dan rakyat Selangor bodoh? Hey, SYABAS, kami bukan lembulah!!

6 comments:

sabu said...

memang sah anda lembu!
kalau bukan lembu pun, bodoh mcm lembu!
dalam dunia ni takda tempat yg takda undang2...dlm hutan pon ada undang2.
bila kita sign perjanjian, kita kena patuh kepada perjanjian.

jangan ingat bila kita take over kerjaan negeri, semua undang2 ikut suka kita ja...kita masih tertakluk kepada undang2 dan perjanjian yang dibuat oleh kerajaan dulu walaupun kita tak suka.

rakyat selangor tak bodoh, tapi andalah yg bodoh! pegi belajar undang2 sebelum nak tulis.

yang pentingnya, jgn politikkan isu air..rakyat dah mula menyampah.

jgn kerana terpaksa nak tunaikan janji Pakatan rakyat utk beri air percuma, habis bankrap syarikat yg ada...lain kali tengok perjanjian dulu sebelum memandai nak janji.

Anonymous said...

yang saya nampak, Kerajaan Negeri Selangor yang degil dan angkuh.

yang saya nampak Kerajaan Negeri Selangor yang cuba mengalih isu dan cuba memutarbelitkan apa sebenarnya sedang berlaku.

saya rasa tak perlu Kerajaan Negeri Selangor nak confront dengan Syabas, sebab kerajaan negeri Selangor juga mempunyai saham 30% di dalam syabas.

kalau Syabas untung, kerajaan negeri juga yang untung. Kalau Syabas rugi, kerajaan negeri juga yang rugi.

yang perlu dipersalahkan ialah kerajaan negeri selangor yang dulu, yang buat perjanjian dengan kerajaan pusat.

Web Sutera said...

Sdr. Sabu, terima kasih. Ada lagi mahu komen, silakan..

Buana Ini said...

Kerajaan Negeri Selangor, Khamis (29 Jul. 2010), menegaskan tidak akan berganjak dari keputusannya untuk tidak bersetuju dengan kenaikan tarif air yang dikemukakan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Menurut satu kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor di sini, Khamis, mengenai isu air, kerajaan negeri Selangor dalam apa juga keadaanpun tidak akan bersetuju dengan kenaikan tarif air yang dikenakan kepada pelanggan dan bersedia mempertahankan pendirian ini.

Bagaimanapun, kenyataan itu menyatakan bahawa kerajaan negeri tidak menghalang mana-mana pihak termasuk Syabas untuk mendapat pengadilan dan pembelaan di mahkamah.

Katanya, kerajaan negeri hairan apabila tiba-tiba isu membawa kes ke mahkamah ditimbulkan oleh Syabas.

"Ia seolah-olah mahu memberi tekanan kepada Kerajaan Selangor agar menerima skim penyelesaian yang dicadangkan Kerajaan Persekutuan," katanya.

Menurut kenyataan itu, kerajaan negeri juga yakin mempunyai asas yang kukuh untuk membawa Syabas ke mahkamah kerana melanggar syarat perjanjian konsesi termasuk cuba menaikkan tarif air tanpa mendapat kelulusan Kerajaan Negeri terlebih dahulu.

"Kerajaan Selangor telah lama bersedia tetapi menangguhkan tindakan ini kerana tidak mahu memberi sebarang prasangka terhadap perbincangan yang sedang dijalankan antara kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan dan agensi-agensi terlibat serta syarikat konsesi termasuk Syabas," katanya.

Katanya, dasar kerajaan Selangor sentiasa menumpukan sepenuh keprihatinan terhadap kepentingan rakyat Selangor adalah asas utama dalam setiap keputusan dan isu air tidak terkecuali.
- BERNAMA

Unknown said...

Saya faham Selangor nak jaga rakyat, begitu juga Syabas nak berikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat..

Kami ni rakyat, jgnlah puak heret isu ni dalam politik parti..org nak kata Rozali UMNO,Khalid tu PKR. Yg pegang PKNS pun PKR. Tak pe pulak.

Ok, la ni kami dok KL pun kena tempias krisis air nanti..So,Slgr kena rundingla baik2 dgn Syabas dan Federal spya kami tak menanggung krisis.

Klu rasa buat loji tu perlu, so buatlah..klu rasa membazir,apa alternatifnya?

Ingat, isu air kat selangor ni melibatkan skrg2nya tiga pihak i.e Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Pusat dan Syabas.

So, runding elok2..jgn nak manipulate isu!

Hamba Allah said...

Assalamualaikum wrt wth,
Saudara,
harap gunakan adab dab tatatusila dalam percakapan kita kerana kesemua ungkapan kita itu adalah satu doa.. jadi berhati hati ketika berucap kerana sesungguhnya Allah senantiasa memerhati segala tingkah laku kita... especially di bulan Ramadhan Al Mubarak ini.. yg pernuh keberkatan..

pasai bab ni, biar hakim yg tentukan..sebab semuanya dalam perjanjian tersebut..apa yang ada ..kita tak tau..takkan syabas senang2 hati ja nak saman .. so dari kita cakap benda yg kita sendiri tak tau..baiklah kita lihat saja ..dan let the matter takes its own course... judge yg analyse ..dan Allah yg tentukan...

tak payah kutuk org sini sana, kiri kanan , depan belakang.. dan marilah kita ke masjid kg baru, KL..sebab imam Masjidil Haram lead tarawikh sepanjang bulan ramadhan... 1 juzuk 1 malam tapi rasa sekejap ja... dan doa Qunutnya..MasyaAllah... menusuk jiwa....

wassalam,
Hamba Allah

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger