
Beliau dipetik sebagai berkata pada masa ini, Syabas mengenakan caj yang berbeza mengikut jenis meter iaitu bagi meter individu, setiap 20 meter caj dikenakan ialah RM11.40, RM16 untuk pengguna meter pukal bagi pangsapuri kos rendah dan RM27 (pangsapuri bukan kos rendah).
"Kita berpendapat perbezaan tarif air mengikut jenis meter tidak patut berlaku dan akan mengadakan rundingan bersama pihak Syabas agar tarif perkhidmatan air diselaraskan untuk semua," katanya.
Abdul Khalid berkata perbezaan tarif mengikut jenis meter ini dikenal pasti ketika Kerajaan Negeri sedang memperluaskan pemberian air percuma 20 meter padu setiap bulan kepada penghuni rumah kos rendah yang mengggunakan meter pukal.
Beliau berkata kerajaan negeri turut memperkenalkan sistem kupon air percuma bagi memastikan penduduk kediaman bertingkat jenis kos rendah turut menikmati kemudahan berkenaan (Laporan asal oleh Bernama).
Tajuk ‘SYABAS memang degil’ bukannya kata-kata MB Selangor, tetapi dari aku sendiri. Memang SYABAS degil dan angkuh. Syarikat pembekalan air itu masih mempertahankan status quo yang mengamalkan kaedah urusniaga kapitalis.
Dalam isu berkaitan, Exco Selangor, saudara Iskandar Abdul Samad baru-baru ini turun ke tapak perumahan di Taman Kinrara bersama Pesuruhjaya Suhakam untuk melihat masalah air yang dihadapi oleh penduduk rumah kos rendah di sana. Turut hadir adalah wakil dari SPAN, Syabas, LPHS dan MPSJ.
Syarikat penyenggaraan bangunan telah memotong paip-paip air mereka yang ada tunggakan bayaran penyenggaraan. Ini salah di sisi undang-undang kerana penduduk ada meter individu dari Syabas dan bukan masih menggunakan meter pukal. Syarikat boleh didenda sehingga RM50 ribu bagi setiap kesalahan. (Lihat di sini)
Para
0 comments:
Post a Comment