Apa Quran Kata Mengenai Sifat Baik dan Buruk (1.0)

Dan (ingat) sesungguhnya apabila Kami memberi manusia merasai sesuatu pemberian baik dari Kami, ia bergembira dengannya; dan (sebaliknya) jika mereka ditimpa sesuatu kesusahan disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan, maka (mereka segera membantah serta melupakan kurnia yang diberi Tuhan, kerana) sesungguhnya manusia itu sangat tidak mengenang kurnia-kurnia Tuhannya.” (Surah asy-Syura ayat 48)

Apa Quran Kata Mengenai Sifat Baik dan Buruk


3 Ramadhan 1431 H - Majoriti cerdik pandai Islam mengatakan maksud baik dan buruk merujuk kepada perkataan anugerah dan bencana, bukannya aktiviti kebaikan dan keburukan yang manusia lakukan sendiri. Dalam Quran, ada perkataan hasanah dan sayyiah yang membawa maksud anugerah dan bencana. Tuhan berkata terhadap golongan hipokrit:


Kalau kamu mendapat kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, justeru itu) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengan bencana itu. Dan kalau kamu sabar dan mengikut perintah Tuhan, (maka) tipu daya mereka tidak akan memberi sebarang bahaya kepada kamu sedikitpun. Sesungguhnya pengetahuan Allah meliputi setiap apa yang mereka lakukan.” (Surah Ali-Imran ayat 120)


Tuhan berkata: “Jika engkau (wahai Muhammad) mendapat sesuatu kebaikan, (maka) kebaikan itu menyebabkan mereka sakit hati; dan jika engkau ditimpa sesuatu bencana, mereka berkata: “Sesungguhnya kami telahpun mengambil keputusan (tidak turut berperang) sebelum itu”, dan mereka berpaling (meninggalkanmu) sambil mereka bergembira.” (Surah at-Taubah ayat 50)


Tuhan berkata lagi: “Dan (ingat) sesungguhnya apabila Kami memberi manusia merasai sesuatu pemberian baik dari Kami, ia bergembira dengannya; dan (sebaliknya) jika mereka ditimpa sesuatu kesusahan disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan, maka (mereka segera membantah serta melupakan kurnia yang diberi Tuhan, kerana) sesungguhnya manusia itu sangat tidak mengenang kurnia-kurnia Tuhannya.” (Surah asy-Syura ayat 48)


Dalam kes Nabi Musa a.s, Tuhan menerangkan sikap pesimis orang-orang yang menentang beliau dan pengikutnya:


Kemudian apabila datang kepada mereka kesenangan, mereka berkata: “Ini ialah hasil usaha kami”, dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka mengatakan malang dan nahas itu disebabkan oleh Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya. (Tuhan berkata): Ketahui, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya ditetapkan di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.” (Surah al-A’raaf ayat 131)


Sebelumnya, Tuhan berkata: “Dan sesungguhnya Kami telah menimpakan Firaun dan kaumnya dengan musim kemarau dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka insaf mengambil pelajaran.” (Surah al-A’raaf ayat 130)


Selanjutnya, perbuatan baik yang Tuhan suka dan perbuatan jahat yang Tuhan benci ada disebutkan dalam ayat-ayat Quran berikut:


“Sesiapa yang datang membawa amal baik (pada hari akhirat) maka baginya balasan yang lebih baik daripadanya; dan sesiapa yang datang membawa amal jahat, maka mereka yang melakukan kejahatan tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka kerjakan.”
(Surah al-Qasas ayat 84)

Terdahulu:
Apa Quran Kata Mengenai Sifat Baik dan Buruk (0.1)
Apa Quran Kata Mengenai Sifat Baik dan Buruk (0.2)

Apa Quran Kata Mengenai Sifat Baik dan Buruk (0.3)


--- Akan bersambung.


*** Adaptasi dari buku karangan Ibnu Taimiyyah, ditulis semula oleh Web Sutera.


0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger