Makhluk di langit dan bumi tunduk sujud kepada Allah

1 Ramadhan 1431 H - Tuhan berkata, “Dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dari makhluk-makhluk yang bergerak serta malaikat; sedang mereka (malaikat-malaikat itu) tidak berlaku sombong takbur (daripada beribadat dan sujud kepadaNya).” (Surah al-Nahl ayat 49)

Tahukah saudara bahawa di salah satu lapis langit ada satu benda atau binaan yang bernama Baitul Makmur, seumpama Kaabah di Mekah. Baitul Makmur itu akan dikelilingi (tawaf) oleh para malaikat sambil memuji Allah.

Justeru terlalu ramainya malaikat maka setiap seorang malaikat tersebut tidak akan berjaya tawaf Baitul Makmur itu dua kali sehingga tiba kiamat. Maksudnya giliran seorang malaikat untuk mengelilingi Baitul Makmur lebih dari sekali tidak kesampaian lantaran terlalu ramai. Jika di muka bumi, setiap jemaah haji atau umrah berjaya tawaf Kaabah berkali-kali.

Seramai itulah malaikat yang akan turun ke bumi di malam al-Qadar. Subhanallah! Bayangkan berapa ramai malaikat dengan setiap satunya mempunyai banyak sayap meliputi muka bumi ini. Payah untuk kita bayangkan malaikat yang memiliki banyak sayap. Kita hanya dapat bayangkan maksimum empat sayap di badan serangga.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger