10 Ramadhan 1431 H - Kami memandang serius fitnah terbaru yang dimainkan pimpinan UMNO untuk menyemarakkan api kebencian di negara ini. Tuduhan yang dilemparkan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bahawa nama Yang Di Pertuan Agong telah digantikan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang saudara Lim Guan Eng telah terbukti merupakan satu pembohongan semata.Saya sendiri memantau perkembangan tersebut, membaca teks khutbah yang diedarkan dan menerusi rakan-rakan di Pulau Pinang mendapati tuduhan tersebut tidak berasas bahkan ianya merupakan satu fitnah demi laba politik pemerintah yang kian hari kian terdesak.
Pimpinan Umno menerusi akhbar Utusan
Kita yakin usaha pimpinan UMNO ini tidak akan berhenti di situ sahaja. Mereka pasti menganyam fitnah yang lain pula demi memecah belahkan muafakat masyarakat di negara ini yang mahu hidup dalam kerukunan dan sejahtera.
Mereka (UMNO) menyedari rakyat
--- Siaran akhbar oleh Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang






1 comments:
PAS Pulau Pinang menyifatkan dakwaan bahawa nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin digantikan kepada nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah solat Jumaat di negeri itu hanya satu bentuk kekeliruan jahat yang direka oleh Umno.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusof Rawa mendakwa, Umno sengaja menimbulkan isu berkenaan bagi mengelirukan orang ramai khususnya umat Islam demi kepentingan politik parti itu.
Post a Comment