11 Ramadhan 1431 H - Elok amalkan banyak membaca di bulan mulia ini, terutamanya al-Quran dan buku-buku agama. Masyarakat Islam di Malaysia kurang memberi perhatian berat dalam perihal ini.
Apa yang selalu menjadi budaya bagi sesetengah dari kita ialah pesta makanan, mengisi perut dan bermula dari pertengahan Ramadhan, mula berbelanja untuk persiapan Aidilfitri.
Tidakkah kita mahu menyorot sejarah? Perang pertama dalam sejarah Islam, iaitu perang Badar, berlaku pada bulan Ramadhan. Justeru bulan Ramadhan adalah bulan perjuangan. Ayat Quran yang pertama, iaitu ayat Iqra (Bacalah) diturunkan pada bulan Ramadhan. Justeru bulan Ramadhan juga bulan membaca.
Tidak pula saya kata tidak boleh makan. Iyalah, kita sudah berlapar dan dahaga sepanjang siang, mahu juga makan sajian yang enak-enak ketika berbuka. Cuma berpadalah.
Ramai sahabat kita umat Islam di Afrika, Palestin dan lain-lain negara bergolak dan miskin seolah-olah berpuasa sepanjang tahun. Para sahabat Islam kita diPakistan pula saat ini sedang menghadapi petaka banjir. Mahu makan pun payah.
Justeru itu, saya menyokong kempen Baca@Ramadhan yang digerakkan oleh penerbit PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Bagi peringkat diri sendiri, saya hanya akan membaca buku-buku bahasa Melayu berkaitan Islam sahaja di sepanjang bulan Ramadhan 2010 ini..
Dalam pada itu penerbit pelbagai genre buku ini melancarkan wakaf buku PTS 2010 bagi menggalakkan rakyat Malaysia menjadikan buku sebagai satu bentuk sumbangan yang mampu memberi manfaat kepada pembaca.
Melalui laman webnya (baca di sini), PTS menyatakan “lebih menarik apabila buku-buku yang dibeli bagi tujuan wakaf ini diberi diskaun sebanyak 25 peratus manakala kos penghantaran ke mana-mana institusi dalamMalaysia adalah percuma.”
Apa yang selalu menjadi budaya bagi sesetengah dari kita ialah pesta makanan, mengisi perut dan bermula dari pertengahan Ramadhan, mula berbelanja untuk persiapan Aidilfitri.
Tidakkah kita mahu menyorot sejarah? Perang pertama dalam sejarah Islam, iaitu perang Badar, berlaku pada bulan Ramadhan. Justeru bulan Ramadhan adalah bulan perjuangan. Ayat Quran yang pertama, iaitu ayat Iqra (Bacalah) diturunkan pada bulan Ramadhan. Justeru bulan Ramadhan juga bulan membaca.
Tidak pula saya kata tidak boleh makan. Iyalah, kita sudah berlapar dan dahaga sepanjang siang, mahu juga makan sajian yang enak-enak ketika berbuka. Cuma berpadalah.
Ramai sahabat kita umat Islam di Afrika, Palestin dan lain-lain negara bergolak dan miskin seolah-olah berpuasa sepanjang tahun. Para sahabat Islam kita di
Justeru itu, saya menyokong kempen Baca@Ramadhan yang digerakkan oleh penerbit PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Bagi peringkat diri sendiri, saya hanya akan membaca buku-buku bahasa Melayu berkaitan Islam sahaja di sepanjang bulan Ramadhan 2010 ini..
Dalam pada itu penerbit pelbagai genre buku ini melancarkan wakaf buku PTS 2010 bagi menggalakkan rakyat Malaysia menjadikan buku sebagai satu bentuk sumbangan yang mampu memberi manfaat kepada pembaca.
Melalui laman webnya (baca di sini), PTS menyatakan “lebih menarik apabila buku-buku yang dibeli bagi tujuan wakaf ini diberi diskaun sebanyak 25 peratus manakala kos penghantaran ke mana-mana institusi dalam
0 comments:
Post a Comment