Ingat perjuangan Lim Guan Eng ini?

24 Ramadhan 1431H - Kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin Bagi Pihak Ibunya Pendek binti Ahmad, Nenek Kepada Noryati Binti Mohamad Yusop, Mangsa Rogol Yang Terlibat Dengan Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik Di Hotel Belmount, Melaka Pada 3hb November 1999.

"Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.

"Cucu saya,telah membuat satu kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29hb Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994.

"Saya amat terkejut dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun ini, cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim semasa cucu saya masih berumur 15 tahun. Cucu saya juga memberitahu ahli keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang lelaki pertama yang melakukan hubungan sulit dengannya.

"Oleh kerana cucu terlibat dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis pada akhir bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang membesarkannya tidak dapat berjumpa dengannya.

"Saya hairan mengapa pihak polis dan kerajaan BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan sedangkan mereka yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan. Ini boleh dilihat selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis bawah umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan. Akibat peristiwa hitam itu, cucu saya telah melahirkan seorang anak perempuan pada 1995.

"Oleh kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya telah meminta bantuan daripada Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka YB Lim Guan Eng yang berjaya memaksa pihak polis membenarkan saya melawat cucu saya. Saya amat kesal dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada 25hb Ogos 1998 dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen.

"Dalam kes mahkamah Lim Guan Eng yang mulai pada 20hb Jun 1995, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Pada 27hb Februari 1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang saksi kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan Sri Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya.

"Selepas itu cucu saya, semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan Sri Rahim ada hubungan sulit dengannya. Malah, cucu saya telah membuat satu ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27hb Januari 1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti berikut:
"Saya merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau, dan merasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah dipenjarakan. Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu saya. Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh tidak adil.

"Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada YB. Malam ini, saya telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang Di Pertuan Agong dan satu lagi kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka, meminta supaya YB Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia. Saya meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen boleh membantu sampaikan surat-surat rayuan saya ini kepada kedua-dua pihak itu.”
"Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.

"Saya berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu saya. Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya boleh membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB Lim sehingga bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Nyata sekali, ini adalah satu lagi konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik.

"Saya masih mengingati cucu saya begitu tersiksa semasa ditahan di Pusat Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali. Dia memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang keluarga kami kepadanya tidak dibalas.

"Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng yang telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba mempertahankan hak cucu saya ini. Saya tidak boleh lupa betapa susah anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa dipenjara. Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada YB Lim atas apa yang cucu saya telah lakukan.

"Saya juga berhasrat memberikan jaminan kepada YB Lim bahawa keluarga kami sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan beliau menanggung segala penderitaan dan kerugian kewangan demi membantu sebuah keluarga Melayu miskin yang dianiayai oleh kezaliman kerajaan BN. Kami tidak akan lupai YB Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia menegakkan keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani tolong sama kami.

"Semoga Allah S.W.T boleh memaafkan cucu saya."

Pendek binti Ahmad
Sabri bin Mohamad Yasin

5 comments:

Faizal R said...

Kenapa dia akhirnya kesal kepada tindakan cucu dia? Apa cucu dia dan buat/kata pada LGE?

Web Sutera said...

Sdr. Faizal Rahman, ini ialah kenyataan lama yang saya jumpa semula dan saya turunkan di sini sebagai ingatan kita kepada tindakan Guan Eng pada masa itu.

Saya pun kurang pasti apa kata cucu nenek Pendek bt. Ahmad kepada Guan Eng. Yang pastinya cucu tersebut menarik balik pengakuan dia ada hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim.

Andai ada rakan pembaca yang mengetahuinya, sila nyatakan.

Anonymous said...

Terima kasih, harap ada lah yang tahu. Dah cuba Google tp x jumpa apa2.

ababina328 said...

Terima kasih kerana Web Sutera mengimbau kembali kisah lampau yang sudah semakin di lupai.

Apabila mengingati kembali kisah ini, saya sangat sakit hati terhadap sistem kehakiman negara kita.

Saya bukan mahu membela Lim Guan Eng tetapi yang penting keadilan mesti di tegakkan.

Oleh kerana Rahim Tamby Cik banyak wang dan mahu membersihkan namanya serta kebetulannya pula dia anggota BN dan bermusuh pula dengan Anwar Ibrahim yang telah kehilangan kuasa pada masa itu,

Maka terjadilah kes menembak 2 ekor burung dengan 1 peluru,

Maksudnya, Rahim Thamby Cik telah membuat dakwaan bahawa kesnya yang dikatakan dia merogol kanak-kanak bawah umur tersebut adalah fitnah semata-mata dan orang yang memfitnahnya ialah Lim Guan Eng yang memanjangkan fitnah tersebut dari Anwar Ibrahim yang menganggap Rahim adalah saingan politiknya didalam Umno iaitu semasa Anwar masih didalam Umno lagi.

Jadi secara tidak langsung usaha Rahim Thamby Cik untuk membersihkan dirinya dapat pula memenjarakan Lim Guan Eng dan mencalarkan imej Anwar Ibrahim.

Bagi melepaskan diri dari tuduhan merogol tersebut, adalah dipercayai bahawa Rahim Thamby Cik telah mengupah beberapa orang pemuda mengaku bahawa merekalah yang sebenarnya yang merogol gadis bawah umur tersebut dan Rahim tidak terlibat sama sekali.

Yang paling menjengkelkan ialah apabila mangsa rogol yang selama ini mengaku di rogol oleh Rahim Thamby Cik, tiba-tiba mengubah pengakuan dengan menafikan dia dirogol oleh Rahim, sebaliknya menuduh semua dakwaan tersebut sengaja diada-adakan oleh Lim Guan Eng semata-mata.


Dan betullah seperti dakwaan yang terdapat didalam artikel yang dipetik oleh Buana ini bahawa, kesemua pemuda tersebut sepatutnya didakwa di Mahkamah tetapi sebaliknya yang telah berlaku.

Begitulah rentetan perbicaraan di Mahkamah yang menampakkan dengan jelas kepesongannya seperti mana kita dapat lihat didalam kes-kes yang melibatkan DSAI dan lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat.

Saya minta maaf kepada tuan rumah kerana memberi komen yang terlalu panjang, semua ini berlaku kerana munkin saya terlalu emosional dan benci dengan kes-kes seperti ini yang sering memonopoli didada-dada akhbar dan TV di negara kita..........

Web Sutera said...

Assalamualaikum, pakcik Aziz. Terima kasih atas pencerahan yang panjang. Tidak mengapa, malah amat diperlukan di sini. Ya, tujuan saya ialah untuk mengimbau kembali betapa kuasa yang ada ditangan yang diperoleh hasil dari undian rakyat, disalah guna, dulu dan kini oleh UMNO/BN.

Itu matlamat saya dengan entri ini. Saya, pakcik Aziz dan majoriti umat Islam-Melayu di Malaysia tidak kisah siapa yang dibela; Cina, Melayu atau India, Islam atau non-Muslim. Yang penting ialah keadilan kepada semua pihak, kaya atau miskin.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger