Rumah terbuka anak Pahang di perantauan 12 Sept. 2010

26 Ramadhan 1431H - Anak Pahang di perantauan yang kembali beraya di kampung dipelawa menghadiri program Rumah Terbuka dan Himpunan Anak-Anak Perantauan anjuran Dewan Pemuda PAS Pahang pada 12 September (Ahad) di Felda Semarak, Jengka 15.

Ketua penerangannya, Mohd Fadly Ramli berkata, program tersebut akan diserikan dengan kehadiran Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dengan beramah mesra dan bersantai bersama anak-anak di perantauan serta memberi sedikit amanat.


Menurut Fadly, pihaknya mensasarkan kehadiran lebih 1,000 anak-anak Pahang di perantauan ke majlis tersebut kerana ramai dijangka akan pulang beraya bersama keluarga mereka di seluruh negeri.


Katanya, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah lokasi paling ramai anak Pahang bekerja.


Turut meraikan tetamu pada majlis itu nanti ialah Ketua Pemuda PAS Pahang, Suhaimi Md Saad, timbalannya, Shahril Azman Abdul Halim al-Hafiz serta ahli jawatankuasa.


Majlis dijangka akan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.


P/s: Aku anak Pahang juga. Aku dibesarkan di Felda Kota Gelanggi 1, Jerantut. Tetapi oleh kerana kedua-dua orang tua aku sudah tiada, maka tahun ini aku akan ke Besut dan Rantau Panjang untuk Aidilfitri 1431 Hijrah, insyaAllah.


0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger