Wahai Muhammad bin Abdullah, Aku Merinduimu

17 Zulkaedah 1431H - Sesungguhnya Maulidur Rasul dengan lahirnya Muhammad bin Abdullah bukanlah satu kebetulan, tetapi ia adalah perancangan hebat daripada Allah Yang Maha Hebat. Ini kerana bayi yang bernama Muhammad ialah dari kedua-dua ibu bapa yang salih, kenapa tidak?

Allah SWT telah memilih ibunya Aminah dari seorang anak gadis yang suci bersih dari sebarang sifat negatif; ketika ramai di kalangan anak-anak gadis ketika itu terlibat dalam tindakan songsang umpama GRO pada hari ini. Begitulah ayahandanya Abdullah; seorang remaja lelaki yang tidak pernah walau sekalipun menyembah berhala, berjudi, minum arak, berfoya-foya. Ini menunjukkan bahawa pasangan Aminah dan Abdullah adalah pilihan Allah bagi mendapatkan zuriat yang salih. (Dipetik
dari Harakahdaily)

Dari Penerbit PTS

Apabila tiba saat Abdullah mahu dikahwinkan, Abdul Muttalib mengahwinkan Abdullah dengan Siti Aminah binti Wahab, yang juga daripada keturunan suku Abdul Manaf. Keturunan ayah dan ibu Muhammad adalah daripada Qusai bin Kilab. Kesemua mereka daripada keturunan Ismail. Daripada sudut keturunan pun, Muhammad bin Abdullah adalah orang paling mulia dan paling bangsawan.

Banyak perkara pelik yang berlaku semasa Nabi Muhammad dilahirkan. Antaranya bergegarnya Iwan Kisra iaitu istana Raja Farsi, kerajaan paling besar pada masa itu. Gegaran itu menyebabkan 14 anjung istana runtuh dan api yang sudah disembah oleh Majusi sejak beribu-ribu tahun yang tidak pernah padam sebelum ini terpadam. Gegaran itu juga menyebabkan tasik yang bernama Tasik Sawwah yang berdekatan dengan istana Raja Farsi tertimbus.

Dariku

Wahai junjungan Rasul yang mulia
engkau manusia pilihan Tuhan
datang membetulkan Jahilliyah;
dunia meratap atas perginya dirimu
yang pasti bagi setiap kehidupan

Namun sirahmu terus menyinar merentas era dan zaman
peribadi yang dipersiapkan megah melintas sejarah

*Nota: Kulit buku - Biografi Muhammad bin Abdullah, PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

Berkaitan:
Sorotan sirah Nabi Muhammad dalam Biografi Muhammad bin Abdullah memudahkan pemahaman
Cinta Muhammad kepada kita - cintakah kita kepada baginda?
Cintailah Allah dan Rasulullah Sallallahhu’alaiwasallam


0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger