17 Zulhijjah 1431H - Exco Selangor merangkap ADUN Chempaka menulis dalam blognya berkenaan perlunya penguasaan bahasa Inggeris bagi pelajar Islam-Melayu. Beliau merujuk kepada program hari Ihtifal Pasti Pandan pada 14 November 2010.
“Saya percaya PASTI perlu respon kepada cabaran masa kini. Tidak memadai kita berkata kami tidak boleh mengajar anak-anak anda fasih berbahasa Inggeris tetapi kami boleh memastikan anak-anak anda mempunyai akhlak Islam yang baik. Tetapi kita perlu tawarkan kedua-duanya. Kita perlu siapkan anak-anak kita untuk berhadapan dengan dunia yang tanpa sempadan,” kata beliau.
Ini bukan pula bermakna mengajar subjek Matematik dan Sains dengan menggunakan medium bahasa Inggeris. Tetapi subjek bahasa Inggeris perlu diberi penekanan dalam memahami bahasa tersebut. Dari sudut kosa kata dan nahu bahasa Inggeris, apa yang perlu ialah lebih masa pembelajaran. Salah satu kaedah ialah banyak membaca.
Dalam masa yang sama, PASTI jangan mengambil kaedah kerajaan UMNO-BN yang pekak bahasa itu! Setuju dengan saranan saudara Iskandar Abdul Samad ini. Saya menyintai bahasa Melayu, tetapi tidak membenci bahasa Inggeris.
Berkaitan: Saya menentang PPSMI tetapi tidak membenci bahasa Inggeris
PPSMI dan UMNO: Nurturing of language is nurturing of culture
PPSMI dianggap gagal – Datuk Dr Anwar
Jadi ulat buku pun tidak digalakkan?
Teliti sejarah PASTI di sini.

0 comments:
Post a Comment