Membantu tanpa lensa lebih selesa

2 Zulhijjah 1431H - che'GuBard memberi khabar bahawa pada 6 Nov. 2010 yang lalu, tim yang diberi nama Pasukan Penerus Perjuangan Reformasi yang menawarkan diri bertanding pelbagai jawatan AMK dalam pemilihan KEADILAN 2010, telah bermesyuarat di Sg. Besar. Dalam mesyuarat itu telah diputuskan beberapa tindakan susulan mengenai bagaimana menangani perbagai fitnah, tekanan, serangan serta manipulasi dalam proses pemilihan kali ini yang ditujukan kepada mereka.

Dalam mesyuarat tersebut juga wakil Kedah telah membentangkan bagaimana keadaan bencana banjir yang teruk sedang melanda negeri tersebut dan amat malangnya seolah imej AMK sedikit terkebelakang dalam misi bantuan kali ini. Justeru itu diputuskan sem
ua kempen pemilihan dihentikan selama 3 hari sekurang - kurangnya dan semua pasukan diarahkan turun membantu.

Perkhabaran dari che'GuBard seterusnya seperti di bawah:
Pada 7 Nov. 2010, jam 9.30 pagi, empat buah kenderaan dengan dua buah Hilux yang penuh petugas dan bahan bantuan telah bertolak ke utara dari Negeri Sembilan. Destinasi ialah bergabung dengan konvoi dari perbagai tempat yang akan berkumpul di lokasi Rehat dan Rawat (R n R) Juru, Pulau Pinang.

Berkumpul di R n R Juru, 10 buah kereta, 3 Hilux dan sebuah lori yang sarat dengan petugas dan barang makanan bersedia bertolak ke Kedah jam 4.00 petang. Konvoi misi kemanusiaan ini diadakan dengan kerjasama Solidariti Anak Muda Malaysia, unit Ehsan Pulau Pinang dan AMK Pulau Pinang.

Kami sempat set up dua dapur rakyat menyediakan makanan (nasi minyak kari kambing untuk 100 orang dan burger untuk 700 orang). Kami agih 2,640 botol air mineral, 10 guni besar pakaian terpakai untuk 1000 orang. Kami sempat memberikan khidmat di dua pusat pemindahan iaitu Sek.Keb. Seri Perdana, Mergong dan Sekolah Agama Kedah. Semua ini dikumpul hasil sumbangan perbagai pihak.

Panji keadilan terkibar dan dihormati di kawasan krisis. Cukup sedih melihat keadaan mangsa yang serba memerlukan, mereka tinggalkan rumah tanpa sempat bawa apa-apa. Sedih melihat anak-anak berebut makanan.

Ketika sedang memberi bantuan, Ketua Jabatan Amal Kedah dan pembantu khas menteri besar Kedah yang mendengar cheGuBard hadir bersama YB Lih Kang turut turun. Mereka tanya kenapa tak beritahu awal. Kami kata tak apa membantu tanpa lensa lebih selesa.

Sukarelawan ini sedang merancang konvoi kedua dengan bantuan perubatan dan bantuan pasca banjir iaitu operasi membersih rumah. Untuk membantu dari segi kewangan atau barang makanan boleh hubungi 012-6794704 (saudara Yaser).
Tahniah che'GuBard dan pasukan yang terlibat!

Untuk ingatan dan pedoman diri sendiri dan semua pihak, di sini saya turunkan satu kenyataan bagi dihayati bersama.

“Khalifah Umar bin al-Khattab telah mengajarkan kepada kita teladan amat penting. Bahawa memberikan bantuan itu tidak kenal waktu, tidak perlu dihebahkan. Di tengah malam nan gelap gelita, dia membawa sendiri makanan di bahunya. Tidak ada bendera parti berkibar! Tidak ada risalah tersebar. Semua dilakukan dalam senyap."

Untuk melihat foto-foto lain, sila klik di sini, insyaAllah.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger