Bukankah Allah itu Maha Tahu akan setiap hambaNya?

29 Zulhijjah 1431H - Ada orang dianugerah oleh Allah dengan minda yang cerdas. Hadiri sekali sahaja sesi ajaran guru, lantas terus faham dan dapat menyelesaikan setiap masalah rumus matematik. Aku pula jenis yang agak payah memahami ajaran guru. Justeru itu aku giat melakukan latih tubi dengan mengulang-ulang menyelesaikan sesuatu masalah matematik. Orang itu berjaya dan aku juga berjaya. Orang itu masuk universiti, dan aku juga beroleh sekeping kertas yang dinamakan ijazah kepujian.

Ada orang yang mudah meraih rezeki anugerah Allah. Ada orang yang kaya sebaik sahaja dilahirkan ke dunia lantaran legasi bisnes keluarga atau lain-lain tuah. Aku pula bermula dengan bertatih.
Merangkak dan berdiri tegap dalam mencari rezeki dan membangunkan bisnes. Orang itu berjaya dan aku juga berjaya.

Setiap manusia dianugerahkan rezeki dan ujian yang rencam serta ada tahap tersendiri. Setiap insan tidak akan sama untung nasibnya.
Namun Allah menyuruh kita berusaha, berdoa dan bertawakal. Allah itu sifatnya Pengasih dan Penyayang. Allah juga Maha Pembuka. Setiap ujian itu sesuai untuk masing-masing si empunya diri. Bukankah Allah itu Maha Tahu akan setiap hambaNya?

Jadi mengapa keluh kesah? Jom berjuang dan raikan ilmu!
(Oleh Web Sutera)


Islam wajib menjadi tuan


Berdasarkan prinsip tersebut para pencinta Islam berebut-rebut untuk menjadi hamba Allah bukannya berlagak tuan kepada mana-mana makhluk di dalam alam semesta ini. Dalam surah al-Isra', Allah memanggil makhluk yang paling dikasihinya Nabi Muhammad SAW dengan gelaran hambaNya.

Demikian juga, ketika Tawus al-Yamani menghadap Hisham bin Abdul Malik beliau hanya memanggil nama "Ya! Hisham", bukannya dengan gelarannya sebagai pemerintah agung atau ketua kerajaan.


Hisham yang begitu marah lalu bertanya kepada Tawus, mengapa beliau tidak memanggilnya dengan gelaran itu? Lalu Tawus menyatakan bahawa Allah memanggil mereka yang dikasihinya seperti yang termaktub dalam al-Quran dengan nama masing-masing seperti Dawud a.s. dan Isa a.s, malah menyebut dengan gelaran hamba seperti dalam surah al-Isra' tersebut. (Oleh
Dr Mohd Zuhdi Marzuki)

BACA LAGI: Kehambaan Melayu dan ketuanan Allah

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger