6 Muharram 1432H - Pendedahan Wikileaks bahawa fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu rekayasa Polis Cawangan Khas Malaysia tidak boleh dipandang enteng dan mengesahkan kenyataan bahawa ianya adalah satu konspirasi peringkat tertinggi.

Lebih memeranjatkan menurut pendedahan Wikileaks, pimpinan tertinggi Singapura dan agensi perisikan negara itu sengaja serta dengan bersahaja mengiyakan fitnah tersebut kepada agensi perisikan Australia; Office of National Assessment (ONA).


Penglibatan Cawangan Khas Malaysia dan agensi perisikan Singapura bersekongkol memfitnah Anwar menguatkan curiga rakyat tentang sebab sebenar kerjasama ini. Apatah lagi Ahli-Ahli Parlimen Australia seperti ramai lagi anggota masyarakat antarabangsa telah mempersoalkan kebebasan pendakwaan terhadap Anwar.

Harus diingat Wikileaks mendedahkan maklumat pihak ketiga yang dikutip oleh pihak perisikan Australia dan disampaikan kepada pihak Jabatan Negara Amerika Syarikat. Pelbagai jenis maklumat termasuk pandangan peribadi dan khabar angin dikutip menerusi kabel-kabel diplomatik ini.

Saya berharap risikan teknikal yang disebut dalam Wikileaks dapat didedahkan pada umum memandangkan itu yang disebut menjadi sandaran pihak perisikan Singapura dalam membuat kesimpulan mereka.

Jelas, pendakwaan kali kedua terhadap Anwar mengekalkan corak yang sama dengan pendakwaan pertama dahulu: ketempangan proses perbicaraan serta kenyataan pakar perubatan yang lemah di pihak pendakwa, membuktikan bahawa tuduhan ini merupakan konspirasi pihak tertinggi.

--- Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Seri Setia, Selangor.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger