13 Muharram 1432H - "AKSIS berpandangan jelas bahawa inilah natijahnya sistem pendidikan negara yang berorientasikan kepada peperiksaan dan pasaran kerja tanpa mengambil berat ajaran agama yang menyebabkan fenomena pelacuran ini akan berterusan dan makin berpengaruh tanpa dapat disekat." (Angkatan Siswi Dinamis UKM)
"Hakikatnya, apabila melaungkanKetuan an Melayu , ia sudah dilihat sebagai mengenepikan Islam. Mengenepikan Islam bermakna tidak menerima asas-asas agama di dalam membela rakyat. Maka, tanpa memakai agama (Islam) orang Melayu hanya akan menjadikan bangsa yang hina, bukannya lebih mulia." (Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat)
"Jika seseorang menganggap dirinya lebih mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsanya semata, atau orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak berbangsa sepertinya, maka itu adalah iktikad yang salah dan menyanggahi ajaran Islam. Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka ‘bangsa terpilih’ (chosen race). Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam." (Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin)
"Di suatu ketika di satu sisi, kerajaan UMNO-BN terpaksa menguar-uarkan bahawaMalaysia adalah sebuah negara Islam, demi survival politik mereka. Namun pada sisi yang lain, konsert artis tidak bermoral digalakkan dan kini hub budaya hiburan hedonis pula dirancang. Apa semua ini? Sama-sama kita fikirkan, insyaAllah." (Web Sutera)
Di bawah ini apa pula? Sila klik gambar.
Isu tambahan
Buku fiksyen apa genre pun ialah perkisahan atau cerita hasil imaginasi dan kreativiti penulis. Manakala novel sejarah ialah fakta-fakta sejarah yang dinovelkan. Itu pun tidak tahu?
Ingin saya coretkan di sini perbezaan asas buku fiksyen sejarah dan novel sejarah. Pada hemat saya yang cetek ilmu ini, fiksyen sejarah berkisahkan suatu fakta sejarah dan kemudiannya difiksyenkan. Dalam fiksyen, watak-watak, persekitaran, peristiwa dan penyudahnya boleh sahaja berlawanan dari apa yang dicatatkan dalam buku atau perekodan sejarah.
Fiksyen sejarah juga merupakan imaginasi penulis dengan latar belakang suatu peristiwa sejarah sebagai tunjang. Namun sesuai dengan istilah fiksyen, ianya mengandungi ciri plot dan sub-plot yang dicipta sendiri oleh penulis.
Manakala sebuah novel sejarah isinya adalah fakta. Novel sejarah Islam tulisan Tuan Abdul Latip Talib misalnya, memang mengandungi fakta. Ini semestinya tidak boleh diubah. Itu yang Tuan Abdul Latip Talib lakukan. Sejarah Islam era Rasulullah (Sallallahhu’alaiwasallam) dirakamkan dalam Quran dan hadis Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam). Justeru itu saya percaya sepenuhnya bahawa Tuan Abdul Latip Talib mesti merujuk kepada buku sejarah, hadis Rasulullah (Sallallahhu’alaiwasallam) dan Quran dalam penulisannya. (Baca lagi >>)
"Hakikatnya, apabila melaungkan
"Jika seseorang menganggap dirinya lebih mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsanya semata, atau orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak berbangsa sepertinya, maka itu adalah iktikad yang salah dan menyanggahi ajaran Islam. Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka ‘bangsa terpilih’ (chosen race). Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam." (Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin)
"Di suatu ketika di satu sisi, kerajaan UMNO-BN terpaksa menguar-uarkan bahawa
Di bawah ini apa pula? Sila klik gambar.
Isu tambahan
Buku fiksyen apa genre pun ialah perkisahan atau cerita hasil imaginasi dan kreativiti penulis. Manakala novel sejarah ialah fakta-fakta sejarah yang dinovelkan. Itu pun tidak tahu?
Ingin saya coretkan di sini perbezaan asas buku fiksyen sejarah dan novel sejarah. Pada hemat saya yang cetek ilmu ini, fiksyen sejarah berkisahkan suatu fakta sejarah dan kemudiannya difiksyenkan. Dalam fiksyen, watak-watak, persekitaran, peristiwa dan penyudahnya boleh sahaja berlawanan dari apa yang dicatatkan dalam buku atau perekodan sejarah.
Fiksyen sejarah juga merupakan imaginasi penulis dengan latar belakang suatu peristiwa sejarah sebagai tunjang. Namun sesuai dengan istilah fiksyen, ianya mengandungi ciri plot dan sub-plot yang dicipta sendiri oleh penulis.
Manakala sebuah novel sejarah isinya adalah fakta. Novel sejarah Islam tulisan Tuan Abdul Latip Talib misalnya, memang mengandungi fakta. Ini semestinya tidak boleh diubah. Itu yang Tuan Abdul Latip Talib lakukan. Sejarah Islam era Rasulullah (Sallallahhu’alaiwasallam) dirakamkan dalam Quran dan hadis Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam). Justeru itu saya percaya sepenuhnya bahawa Tuan Abdul Latip Talib mesti merujuk kepada buku sejarah, hadis Rasulullah (Sallallahhu’alaiwasallam) dan Quran dalam penulisannya. (Baca lagi >>)
0 comments:
Post a Comment