Shahidan Kassim saran Facebook disekat?

1 Muharram 1432H - Khabarnya sudah ada apa yang dinamakan Persatuan Facebook Perlis. Persatuan ini membuat laporan polis berhubung kononnya atas isu “penghinaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sebuah laman sosial Facebook.”

Ekoran dari itu, anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (foto sedang cium tangan PM Najib) mencadangkan agar laman sosial Facebook disekat “jika ia terus menggugat keselamatan negara.” Beliau dipetik Bernama sebagai berkata “saranan agar sekatan dikenakan itu ekoran terdapat pengguna yang mengambil kesempatan atas kecanggihan teknologi untuk menghina agama Islam dan pemimpin negara.”


Bagi saya itu semua ketakutan UMNO sekarang ini. Pemimpin UMNO tidak boleh dikritik. Sekiranya dikritik maka itu disebut sebagai “menghina pemimpin”. Aduhai Melayu!


Dalam masa yang sama, memetik laporan Bernama, “laporan di Jabatan Agama Islam negeri berhubung isu itu akan dibuat berikutan tindakan pemilik akaun laman sosial itu menghina agama Islam.” Yang ini boleh dipertimbangkan oleh pihak berwajib. Itu pun kena betul-betul siasat dahulu sebelum menerima bulat-bulat apa yang dilaporkan tersebut.


Laporan oleh Bernama bertajuk Shahidan Saran Facebook Disekat Jika Terus Gugat Keselamatan boleh dibaca di bawah.


*** Selamat menyambut Maal Hijrah 1432H untuk semua Muslimin dan Muslimat di Malaysia. Mari kita doakan semoga kemenangan kepada Islam walau di mana sahaja. Amin ya Allah ya Rabbal 'Alamin.
KANGAR: Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mencadangkan agar laman sosial facebook disekat jika ia terus menggugat keselamatan negara.

Beliau berkata saranan agar sekatan dikenakan itu ekoran terdapat pengguna yang mengambil kesempatan atas kecanggihan teknologi untuk menghina agama Islam dan pemimpin negara.


"Jika mengancam keselamatan negara dan wujud unsur penghinaan terhadap agama, maka tidak perlu ada facebook," katanya.


Beliau ditemui pemberita selepas mengiringi Persatuan Facebook Perlis membuat laporan polis berhubung isu penghinaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sebuah laman sosial facebook, di balai polis Kangar, di sini Isnin.


Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Presiden Persatuan Facebook Perlis Mohd Faizuddin Ismail kira-kira 5.30 petang. Selain laporan polis, laporan di Jabatan Agama Islam negeri berhubung isu itu akan dibuat berikutan tindakan pemilik akaun laman sosial itu menghina agama Islam.


Shahidan berkata penghinaan terhadap kedua-dua pemimpin negara itu di laman sosial terbabit disedari oleh anggota persatuan berkenaan pada 29 November lepas kira-kira 10.30 malam.


Shahidan, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tambun Tulang berkata pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) perlu mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemilik akaun laman sosial itu.

Selain SKMM, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Majlis Fatwa Negara juga perlu mengambil tindakan ke atas pemilik akaun yang menghina agama Islam. - BERNAMA

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger