Genius Muhammad bin Abdullah

Saya memang suka membaca kisah-kisah nabi dan rasul yang dibukukan oleh beberapa penerbit di Malaysia dan Singapura dalam bahasa Melayu, juga sirah Rasulullah (S.A.W). Pengajaran sudah pasti teramat banyak. Kebanyakan dari buku sirah Nabi Muhammad (S.A.W). adalah terjemahan asal dari bahasa Arab.

Para penterjemah yang semestinya mahir berbahasa Arab melaksanakan inisiatif menterjemah ke dalam bahasa Melayu. Satu usaha yang harus diteruskan.

Saya ada memiliki beberapa kitab sirah dan lain-lain buku yang berkaitan Islam dalam bahasa Melayu. Sayangnya buku-buku yang diterjemah itu berbau Arab. Kalau sudah berbau Arab pastinya banyak kesalahan nahu dan ayat yang tunggang-langgang untuk versi bahasa Melayu.

Walaupun begitu, saya tetap menghabiskan suatu buku bila sudah mulai membacanya. Cumanya kadang-kadang minda saya sedikit tergeliat untuk cuba memahami setiap ayat atau perenggan yang dibaca. Dan sistem ejaan untuk nama-nama sahabat Rasulullah (S.A.W), misalnya, amat berbeza di antara satu buku dengan satu buku yang lain. Kenapa terjadi begini?

Saya baru selesai membaca buku karangan Roziah Sidek terbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd bertajuk Genius Muhammad Bin Abdullah. Amat lain rasanya, ditambah pula pendekatan sorotan sirah yang amat berbeza.

Buku Genius Muhammad Bin Abdullah menerangkan Rasulullah (S.A.W) sebagai seorang genius yang pakar dalam bidang-bidang: ilmu diplomasi, strategi perang, perhubungan sosial, reformasi sosial, undang-undang dan tatanegara, pembangunan sumber manusia, ilmu politik, psikologi, kekeluargaan dan lain-lain lagi.

Buku terbitan tahun 2004 ini dibahagikan kepada 12 bab utama. Penggunaan bahasa Melayu yang menarik dan mudah difahami, walaupun wujud ayat berulangan di sana-sini. Mungkin itu terjadi kerana penulis mempunyai alasan tersendiri dalam merujuk kepada fakta sejarah bagi setiap kejadian dalam menghuraikan sikap dan teladan Muhammad Rasulullah (S.A.W).

Buku ini boleh dimiliki oleh semua peringkat pembaca, terutamanya golongan dewasa yang ingin melihat secara sepintas lalu sirah manusia teragung sepanjang zaman, Muhammad Bin Abdullah. Walau apapun, elok selepas itu memiliki buku sirah sepenuhnya.

Piala Dunia 2010: Foto igauan Argentina untuk 4 tahun mendatang

Anwar Ibrahim, Zionis Yahudi dan Apco Worldwide

From Washington Post, By Jackson Diehl, Monday, June 28, 2010; A15

Anwar Ibrahim, the leader of Malaysia’s political opposition, has become known over the past decade as one of the foremost advocates of liberal democracy in Muslim countries. His many friends in Washington include prominent members of the neoconservative movement — such as Paul Wolfowitz, the former World Bank president and U.S. ambassador to Indonesia — as well as such Democratic grandees as Al Gore.

Lately, Anwar has been getting attention for something else: strident rhetoric about Israel and alleged “Zionist influence” in Malaysia. He recently joined a demonstration outside the U.S. embassy in Kuala Lumpur where an Israeli flag was burned. He’s made dark insinuations about the “Jewish-controlled” Washington public relations firm Apco Worldwide, which is working for Malaysia’s quasi-authoritarian government.

Therein lies a story of the Obama era — about a beleaguered democrat fighting for political and personal survival with little help from Washington; about the growing global climate of hostility toward Israel; and about the increasing willingness of U.S. friends in places such as Turkey and Malaysia to exploit it. (Full article here)

Di bawah ialah siaran media oleh Parti Keadilan Rakyat berhubung mainan media UMNO dan beberapa pemimpin UMNO, yang saya kira, tiada tujuan lain melainkan untuk memusnahkan karektor dan karisma Anwar Ibrahim di mata umat Malaysia, khususnya orang Islam.

Anwar and KEADILAN's stand on 'Zionist' aggression clear

The plight of the Palestinian people and the role of the 'Zionist' government of Israel is a matter of international and humanitarian concern, not a matter for Malaysian politicians to score points with the Malay-Muslim electorate. The prime concern of Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) has always been, and will always be, the fair and humanitarian treatment of all Malaysians and also the downtrodden peoples of other nations.

Four Umno leaders have voiced their opinions on Anwar Ibrahim's stand on Zionist aggression, especially in light of The Washington Post article that was published recently. These Umno leaders — Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin, Defence Minister Zahid Hamidi, Information Minister Rais Yatim and Umno Youth Chief Khairy Jamaluddin — are jumping at the opportunity to distort the words of the writer, who wrote:

He [Anwar] said he regretted using terms such as "Zionist aggression," which are common coin for demagogues like Mahmoud Ahmadinejad. "Why do I need to use it if it causes so much misunderstanding?" he said. "I need to be more careful."

In case these Umno leaders cannot comprehend proper English, what that means is that Anwar regrets using terms which demagogues like controversial Iranian President Mahmoud Ahmadinejad use, especially when it causes a misunderstanding in the international community. Anwar then humbly concedes he needs to be more careful in how he criticizes Israel's Zionist government, in light of the fact that accusations of anti-semitism are rampant.

Nevertheless, the stand of Anwar Ibrahim and KEADILAN on 'Zionist' aggression towards Palestine is crystal clear. We denounce the recent violent attack on the Gaza flotilla, the continued discrimination, repression and brutality against Palestinians by the Israeli government, as well as question the role of the United States of America in supporting the 'Zionist' regime. At the same time, we respect the right of all Jews to have a homeland and to live in peace together with Muslim and Christian Palestinians. Indeed, we reject discrimination, repression and brutality both in Malaysia and abroad.

On the insinuations that Anwar is close with American Jews, he has already openly clarified that they are acquaintances from the time he was the Finance Minister of Malaysia. Indeed, Anwar Ibrahim has used every opportunity he could to raise the issue of Palestine and push for a quick resolution of the Middle East dispute.

What has the Umno-led government done? Defence Minister Zahid Hamidi has had a secret meeting with his Israeli counterpart. DPM Muhyiddin Yassin and Umno Youth Chief support PM Najib Razak's decision to appoint Apco (which has questionable Zionist links) at the rate of RM77 million a year. And, to top it all off, Information Minister Rais Yatim is using his authority to ensure that the mainstream media plays to the tune of Umno-Barisan Nasional, who is now being advised by Apco.

If the Umno-BN government really wants to keep Malaysians informed about the plight of Palestinians and show their stand on 'Zionist' aggression, please instruct the mainstream media to translate and publish The Washington Post article in full and arrange for a televised debate betweeen Anwar Ibrahim and Najib Razak. Let all Malaysians see and hear for themselves what Apco is doing in Malaysia.

Berkaitan: Zionis Yahudi memang jahat

Zahid Hamidi bermuqabalah dengan Zionis Yahudi Ehud Barak
?


Agensi berita Bernama melaporkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dinasihat supaya membuat “rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Kerajaan Persekutuan mengumumkan laporan audit dan perjanjian konsesi air yang ditandatanganinya dengan kerajaan negeri Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).”

Peguam Negara telah menasihatkan kementerian membuat rayuan supaya maklumat laporan audit dan perjanjian konsesi air tidak didedahkan secara umum, kata menteri berkenaan Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Saya petik sekali lagi: “supaya maklumat laporan audit dan perjanjian konsesi air tidak didedahkan secara umum, kata menteri berkenaan Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.”

Walau apa pun alasan dan ulah kerajaan UMNO/BN, pastinya ada udang di sebalik batu. Pasti ada ‘maklumat’ penting yang tidak mahu didedahkan kepada rakyat Malaysia, khususnya rakyat Selangor.

Latahan UMNO/BN ini ekoran dari keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lepas, memerintah Kerajaan Persekutuan mengumumkan laporan itu yang ditandatangani dengan kerajaan negeri Selangor dan Syabas kepada orang ramai.

Pesuruhjaya Kehakiman Hadhariah Syed Ismail berkata pendedahan dokumen itu tidak bercanggah dengan kepentingan negara dan awam, sebaliknya ia akan memenuhi kepentingan awam kerana memaklumkan kepada mereka cara kerajaan berfungsi dan menggalakkan perbincangan tentang perkara berkaitan hal ehwal awam.

Hadhariah membuat keputusan itu bagi memenuhi permohonan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan 13 pihak lain agar semakan penghakiman dibuat berikutan tindakan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi ketika itu Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik menolak permintaan mereka agar dokumen berkenaan didedahkan kepada orang ramai.

Pada 7 November 2006, mereka menghantar sepucuk surat kepada menteri itu memohon agar laporan audit dan butiran perjanjian konsesi berkenaan didedah kepada umum, tetapi ditolak kementerian berkenaan pada 4 Dis 2006 atas alasan dokumen terbabit telah diklasifikasi sebagai sulit dan rahsia. (Laporan asal oleh Bernama)

Halal Food & Catering Services: Lusiana Catering

Copyright © 2010 - Buana Ini - is proudly powered by Blogger