Di blog Universiti Terbuka PTS ada satu post yang menarik perhatian saya, seperti di bawah.
Assalamualaikum, Puan Ainon. Semoga diberkati Allah sentiasa.

Petang tadi seorang kenalan bercerita kepada saya mengenai buku PTS yang bertajuk 101 Akhak Rasulullah. Untuk makluman Puan, beliau adalah seorang guru, dan beliau ada membeli buku itu. Beliau mengatakan bahawa suami beliau tidak membenarkan buku itu dipromosikan kerana di dalamnya ditulis hadis "direkodkan oleh" yang sepatutnya ditulis perkataan, "diriwayatkan oleh."


Menurut kenalan saya itu lagi, "Orang yang tidak belajar hadis tidak tahu maksud sebenar perkataan 'diriwayatkan'".


Mohon penjelasan dari Puan. Mungkin juga PTS boleh memberi kelonggaran dengan membenarkan perkataan "riwayat" digunakan bagi hadis-hadis dalam buku-buku PTS. Ini boleh mengelakkan kekeliruan pada pembaca yang berpegang teguh kepada sesuatu prinsip dan berhati-hati dalam usaha bagi memuliakan Rasulullah S.A.W. Sekian.


(nama dirahsiakan)
--------------------------------------------------------------------

Nota jawapan blog tersebut: Buku-buku hadith dalam bahasa Inggeris, yang ditulis ataupun diterjemahkan oleh ilmuan dalam bahasa tersebut, sudah sejak dahulu kala menggunakan perkataan 'recorded' bagi menterjemah 'riwayah', dan tiada ulamak yang melarang penggunaan perkataan 'recorded' itu.


Bahasa Melayu pula sudah lama meminjam perkataan 'rekod' daripada bahasa Inggeris, sebagaimana yang dicatatkan dalam Kamus Dewan.

Buku-buku mengenai Islam ditulis dalam banyak bahasa-bahasa lain di dunia ini oleh ilmuan mereka. Masing-masing bahasa menggunakan perkataan pilihan masing-masing apabila menterjemahkan perkataan 'riwayah' dan tiada ulamak yang melarangnya.

Saya pula menurunkan kata-kata seperti berikut:

Aduhai bangsaku! Payah sangat untuk berubah. Mengapa?

Banyak kaedah bagi memuliakan Rasulullah (Sallallahhu’alaiwasallam) seperti mengikut (wajib) apa yang dihukumkan oleh Allah melalui hadith / sirah beliau. Menutup aurat misalnya. Melaksanakan hukum hudud dan qisas contohnya. Itu yang wajib, bukannya kecoh dengan penggunaan perkataan ‘direkodkan’ bagi menggantikan ‘diriwayatkan’.


Pelanggaran hukum Islam di sana-sini, rasuah mendarah-daging dalam sesetengah komuniti masyarakat, ulamak dan hukum Islam dihina secara terbuka, dan lain-lain contoh lagi. Mengapa ini tidak diambil perhatian oleh “suami beliau” itu?


Sekian lama buku-buku berkaitan agama menggunakan pelbagai istilah yang mengelirukan, memeningkan kepala, malah susunan ayat yang berbelit-belit untuk bacaan umum. Mengapa hal ini tidak diselesaikan?


Matlamat tidak akan tercapai, saya kira, seandainya penulis buku agama berbahasa Melayu masih mengekalkan status quo dalam mempertahankan apa yang dikatakan “Orang yang tidak belajar hadis tidak tahu maksud sebenar perkataan ‘diriwayatkan’”. Aduhai bangsaku!


Minta maaf kepada para pembaca blog ini. Saya ada satu lagi komentar berkenaan salah satu buku hadith yang menjadi rujukan saya. Saya tidak bermaksud menghina sesiapa. Cuma itu pandangan saya yang saban waktu giat mencari ilmu Allah yang maha luas itu. Begini:


Bahasa Melayu yang digunakan tidak kontemporari dan masih mengekalkan bau-bauan Arab. Justeru masih bernahu atau berbau Arab, maka makna menjadi samar. Kesamaran itu pula tidak dijelaskan oleh penyusun. Walaupun ada sedikit penjelasan bagi beberapa hadith, ianya jauh dari mencukupi.


Walaupun begitu, usaha menyusun buku ini amat baik. Cuma penyusun perlu mengambil perhatian berat dalam menjelaskan makna hadith yang kurang jelas bagi majoriti umat Islam.


Saya bukan dari aliran agama.
Begitu juga majoriti masyarakat Islam Malaysia. Saya takut pembaca akan keliru dan justeru itu ilmu yang hendak disampaikan oleh Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam) tidak kesampaian. Terjemahan ke bahasa Melayu mesti disusun semula supaya memperoleh maksud yang jelas dan sesuai seumpama Rasulullah (Sallallahhu’alaiwasallam) bercakap dalam bahasa Melayu.

MB Selangor terima surat minta Tee dipecat

SHAH ALAM, 24 Syaaban 1431 H - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan telah menerima surat dari Jawatankuasa Disiplin DAP semalam yang meminta supaya melucutkan jawatan Tee Boon Hock sebagai ahli majlis Perbandaran Klang.

Ia berikutan kes salah guna kepala surat seorang anggota Exco negeri yang didedahkan baru-baru ini. Ekoran itu, Khalid berkata kerajaan negeri belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu dan masih menunggu hasil siasatan dari Jabatan Audit Negeri.


Katanya, Tee kini sedang bercuti sehingga siasatan selesai.
Jumaat lepas, Tee dipecat dari DAP berhubung isu berkenaan. (Sumber: Selangorkini)

Berkaitan:
Tahniah DAP kerana pecat Tee Boon Hock

Kontroversi Tentang Holocaust Yahudi

22 Syaaban 1431 H - Banyak juga keraguan tentang peristiwa Holocaust ini. Ada yang menganggap bahawa Holocaust hanyalah satu hoax (tipu daya). Ada pendapat yang mengatakan bahawa Holocaust tidak pernah terjadi, tidak pernah ada rancangan untuk memusnahkan bangsa Yahudi termasuk pembunuhan di kem-kem konsentrasi.

Pengingkaran Holocaust atau
‘Holocaust denial’ adalah kepercayaan bahawa Holocaust tidak pernah terjadi. Enam (6) juta orang Yahudi yang dikatakan dibunuh oleh Nazi seperti yang selama ini tercatat dalam sejarah adalah propaganda belaka. Bahawa tidak pernah ada rencana terpusat untuk memusnahkan bangsa Yahudi, atau bahawa tidak ada pembunuhan di kem-kem konsentrasi. Mereka yang percaya akan hal ini biasanya menuduh bangsa Yahudi atau kaum Zionis mengetahui hal ini dan mengadakan konspirasi untuk mendukung agenda politik mereka.

Baca sepenuhnya.

Program Imam Muda dipuji

21 Syaaban 1431 H - Aku tidak ikuti program Imam Muda oleh Astro Awani yang berakhir baru-baru ini.

Tetapi al-Jazeera melaporkan, "A hit Malaysian television show which has gained international attention has announced a winner in its talent search for an imam, or Muslim religious leader."


"In the finale, the two finalists were tested on reciting the Quran, presenting a sermon, singing religious hymns and answering questions from the programme's sole judge, a former grand imam of Malaysia's national mosque.
"



Baca lagi seterusnya.

Letih aku dengan ulah penakut UMNO-BN!

21 Syaaban 1431 H - PAS mengharapkan polis perlu menjaga keselamatan negara, bukan keselamatan UMNO. Bertindaklah secara professional, beri keutamaan kepada apa yang patut dilakukan untuk kepentingan rakyat dan negara bukan untuk kepentingan UMNO-BN.

PAS yakin tindakan ini sebagai satu usaha, kerana UMNO sudah berada penghujung hayat, kerana apa yang dikhabarkan oleh UMNO rakyat tidak percaya. Maka satu jalan sahaja yang ada kepada mereka ialah menggunakan kuasa dengan mengarahkan pihak polis menganggu ceramah PAS dan Pakatan Rakyat.


PAS yakin tindakan yang dibuat oleh polis bukan rakyat semakin takut, malahan semakin benci dengan UMNO-BN, dan yang paling kita bimbang moral dan imej polis akan tercalar di mata rakyat. Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat, kesemuanya mereka yang bertindak secara tidak profesional akan dihadapkan ke pengadilan.


--- Kenyataan Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi, Ketua Pemuda PAS Pusat.
Kenyataan penuh baca di sini.

P/s:
Semalam (1 Ogos 2010) aku ada satu program di taman tasik di sebelah kiri bangunan Amcorp Mall, Petaling Jaya. Usai program aku dan lebih kurang 13 orang sahabat lain bersantai di kedai Mamak dalam Amcorp Mall.


Aku dan isteri balik lebih kurang jam 6.30 petang. Waktu itu aku melihat polis bersama Black Maria sudah mengepung lokasi Padang Timur berhampiran bangunan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (berhadapan Amcorp Mall). Jalan menuju ke sana dari arah PJ bertentangan dan susur masuk dari Lebuhraya Persekutuan sudah ditutup polis dengan merentang motor besar polis menghalang jalan.


Letih aku dengan ulah penakut UMNO-BN! Aku tidak menyalahkan polis 100% dalam hal ini. Kerajaan UMNO-BN yang mengarahkan tindakan polislah bersalah. Mereka teramat gusar dengan kebangkitan rakyat. Subhanallah!


Benarlah kata Ustaz Nasrudin bahawa tindakan yang dibuat oleh polis bukan menjadikan rakyat semakin takut, malahan semakin benci dengan UMNO/BN.


Tahniah DAP kerana pecat Tee Boon Hock

Harakahdaily melaporkan bahawa ekoran dakwaan menyalahgunakan kepala surat Exco untuk sokongan mendapatkan kontrak Majlis Perbandaran Klang (MPK), DAP semalam memecat ahli MPK Tee Boon Hock dari parti itu berkuatkuasa serta merta.

Keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa Disiplin DAP bermesyuarat. Naib Presiden DAP, Tan Kok Wai berkata tindakan itu dibuat selaras dengan perinsip parti yang menekankan integriti dan kebolehpercayaan.

"Ini merupakan kali pertama Jawatankuasa Disiplin DAP memulakan penyiasatan berdasarkan laporan media kerana ini melibatkan kepentingan masyarakat awam dan sebagai satu tindakan yang mencerminkan prinsip asas parti DAP yang mementingkan integriti dan kebolehpercayaan," tegas Kok Wai yang juga merupakan Ahli Parlimen Cheras.


Boon Hock sebelum ini didakwa menggunakan kepala surat dan cop rasmi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Kajian Selangor, Ronnie Liu bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kroni dan anggota keluarganya untuk mendapatkan kontrak MPK.

Menurut Kok Wai lagi, walaupun tiada aduan bertulis dibuat oleh mana-mana ahli mahupun pemimpin DAP, namun dakwaan yang dilemparkan berkait dengan kepentingan awam dan memerlukan siasatan terperinci.

Ronnie Liu dan Tee akan dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa disiplin yang akan memanggil mesyuarat tergempar dalam masa tiga hari.

Menteri Besar Selangor, Tan sri Khalid Ibrahim sebelum ini mengumumkan Boon Hock direhatkan sementara jabatan audit dalaman membuat siasatan. (
Sumber Harakahdaily)

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger