27 Muharram 1432H - Assalamualaikum. Teman-teman dan tuan-tuan / puan-puan masih ingat post saya bertajuk "Betulkah Dr. Fadzilah Kamsah kata boleh melacur jika darurat?" Sudahkah Dr. Fadzilah Kamsah mengeluarkan penafian atau pencerahan akan kenyataannya yang dipetik akhbar tersebut? Tolong berikan sebarang pautan berkaitan, jika ada.
Sekiranya tidak, saya akan lancarkan BOIKOT terhadap buku-bukunya! To be honest, I'm not JOKING HERE. I'M DAMN SERIOUS!!
Sekiranya tidak, saya akan lancarkan BOIKOT terhadap buku-bukunya! To be honest, I'm not JOKING HERE. I'M DAMN SERIOUS!!
8 comments:
Sila rujuk perbincangan ini: http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/976-gro-paksa-henti-hukum-a-nasihat-motivator.html
Wallahua'lam.
Terima kasih, sdr. Rol.
Kenyataan akhbar, myMetro - 15 Disember 2010
KUALA LUMPUR: “Pekerjaan sebagai pelayan pelanggan (GRO) adalah salah, haram tetap haram,” kata pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah, ketika mengulas kenyataannya dalam Harian Metro terbitan Sabtu lalu.
Menurutnya, masyarakat diminta tidak salah faham dengan kenyataan beliau yang disiarkan akhbar ini terdahulu, seolah-olah beliau mengatakan pekerjaan Suzie sebagai GRO adalah tidak salah.
“Pekerjaan GRO itu memang haram dan tidak boleh dilakukan oleh kita sebagai umat Islam. Maksud saya di sini ialah, jangan hanya tahu memaksa Suzie berhenti, tetapi apa peranan kita (pembaca) untuk mencarikan pekerjaan lain kepadanya. “Jangan terus menghina dan mencaci wanita yang bekerja sebagai GRO sebaiknya kita mencari alternatif untuk membantu wanita seperti itu mendapatkan pekerjaan lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, masyarakat perlu membantu golongan seperti itu keluar daripada kepompong dosa dengan membantu mereka mencarikan kerja yang berkat.
Masyarakat tidak seharusnya tahu menghukum tetapi dalam masa yang sama perlu mencari alternatif terbaik untuk membantu.
“Jangan menghina GRO. Mereka yang sudah menyesal dan sempat bertaubat kita cuba bantu mereka. Tidak baik menghina dan mencaci mereka. Jangan terus menghukum tetapi hulurkan tangan memberi bantuan dan kasih sayang,” katanya.
Terdahulu, beliau menasihati pembaca sama ada yang bersimpati atau yang membenci Suzie supaya bersama-sama menadah tangan mendoakan dia berubah dan kembali ke jalan diredai.
JAWAPAN
Sebelum saya menulis jawapan ini saya sudah pun membaca kenyataan tokoh motivasi tersebut di akhbar yang menyiarkannya. Kenyataan awal beliau pada 11 Disember 2010 dan juga kenyataan balasannya pada 15 Disember 2010.
Secara ringkasnya, saya ada bersetuju dengan beliau dan ada juga yang tidak bersetuju dengan beberapa fakta dalam kenyataannya. Apapun, ingin saya tegaskan, saya menghormati beliau selaku tokoh besar di dalam negara, pakar dalam bidang motivasi individu dan rumahtangga, yang telah banyak menyumbang kepada pemulihan diri individu masyarakat melalui pelbagai medium.
Namun begitu, kesilapan dan kekeliruan mungkin sahaja berlaku kepada sesiapa jua. Kesilapan dan kekeliruan ini ada kalanya amat kecil berbanding kebaikan yang telah dilaksana dan diusahakan sejak bertahun lamanya. Oleh itu, JIKA BENAR SEKALIPUN ADA KESILAPAN DALAM ULASANNYA, JANGAN SEKALI dilupakan segala sumbangan beliau.
Pun begitu, disebabkan imej dan tersohornya itu, saya merasa tanggungjawab untuk menjelaskan respon kepada soalan yang diajukan kepada saya, agar tidak berlaku salah faham di kalangan masyarakat ramai.
SETUJU
Saya bersetuju bahawa mesti ada pihak berwajib mengambil tanggungjawab untuk menyediakan alternatif bagi wanita seperti ini.
Saya juga bersetuju kita TIDAK BOLEH terus menghina petugas seperti itu seolah mereka tiada lagi peluang untuk pulang ke pangkal jalan. Khususnya penghinaan tanpa usul periksa , kerana bagi saya, mungkin ada yang terjebak kerana terperangkap dalam sindiket pelacuran dan GRO. Mereka menjadi mangsa dan bukan sengaja menurut kehendak dirinya.
-- Bersambung
TIDAK SETUJU
Namun saya tidak bersetuju untuk tidak mengutuk pekerja-pekerja yang rela dan dengan sendirinya memilih kerjaya terbabit. Kutukan dan kecaman perlu dibuat terhadap KERJAYA kotor itu dan bukannya tertumpu sangat kepada individu, ini perlu dilakukan oleh satu pihak agar kesedaran dan kehinaan dosa itu dapat dibangkitkan.
Dalam masa yang sama, ada pula pihak pendakwah lain yang mencuba teknik berbeza iaitu dengan kaedah lembut dan memujuk. Namun untuk menyalahkan teknik kutukan secara umum adalah kurang tepat dari sudut ilmu dakwah.
Saya juga tidak bersetuju dengan kenyataan beliau yang menyatakan:
“Jangan memaksa dia (Suzie) terus berhenti daripada pekerjaannya sebagai pelayan pelanggan (GRO), sebaliknya beri masa untuk dia berubah”
Dalam hal ini, saya andaikan kemungkinan kenyataan beliau lahir dari kekeliruan tugasan motivator yang sentiasa inginkan kliennya bersikap positif, namun tugas pendakwah pula, perlu memaklumkan kepada ‘klien’ dengan jelas kesalahan sebagai kesalahan hukum yang mesti dihentikan serta merta.
Justeru, di sini saya ingin tegaskan hukum kerjaya GRO adalah tetap haram. Alhamdulillah hal ini juga diakui oleh motivator terbabit dalam kenyataan yang disiarkan di dalam Harian Metro bertarikh 15 Disember 2010.
APA ITU GRO DAN BIDANG KERJANYA?
Kita sedar teknik dakwah adalah satu hal yang perlu diambil perhatian, kerjaya GRO atau Guest Relation Officer (GRO) mempunyai banyak takrifan dan bidang tugasan. Setelah melakukan beberapa semakan, kedapatan ada GRO yang mempunyai tugasan tertulis yang neutral dan benar-benar bersifat pentadbiran, Namun begitu, tugasan yang tidak tertulis itulah yang merumitkan, di mana ia kerap melewati tugasan tertulis kepada tugasan lain yang tidak sihat sama sekali. Iaitu melayan kehendak pelanggan walau hingga di dalam bilik. Tema utama tugasan adalah ‘melayan pelanggan sehingga target bisnes tercapai’.
Susasana di Malaysia perlu dirujuk sebelum komentar lanjut dikongsikan. Jika dilihat dari laporan-laporan akhbar yang boleh membentuk perspesi rakyat dan majoriti, kerjaya GRO digambarkan dan digunakan secara kerap kepada ‘kerjaya pelacur’, sebagai contoh lihat sahaja petikan akhbar-akhbar ini dan ini. Tangkapan pelayan-pelayan ini ditanggap oleh awam sebagai ‘pelacur’ dan GRO adalah gelaran lembutnya.
Selain itu, saya juga tidak bersetuju dengan kenyataan beliau (jika tiada salah catatan pihak wartawan) berikut :-
a. “Suzie boleh meneruskan pekerjaannya sebagai GRO, tetapi dalam masa sama dia hendaklah tidak reda melakukan kerja itu hingga mendatangkan kebosanan dan tidak seronok untuk bekerja lagi.”
Ulasan saya: Suzie TIDAK BOLEH meneruskannya, tidak reda dalam pelakuan maksiat yang direlai tanpa paksaan ke atas nyawa dan harta adalah tidak diterima di dalam Islam.
Malah tidak reda itu menghancurkan objektif (maqasid al-shariah) yang lebih tinggi iaitu kerana kerjaya itu bakal menghancur agama si pelaku, menyebabkan maruah dan kehormatannya hilang, menyebabkan tali keturunannya rosak, dan hartanya tidak diberkati.
b. “Dengan cara itu, dia boleh berubah sedikit demi sedikit, kemudian mencari pekerjaan halal yang lain, sebaik mendapat pekerjaan lain, dia perlu berhenti terus melakukan kerja lamanya itu.”
Ulasan saya: Ada perkara yang dibenarkan untuk berubah sedikit demi sedikit, selaras dengan ilmu. Namun kerjaya seperti ini tidak boleh digolongkan dalam perkara yang dibenarkan untuk beransur kerana pilihan lain adalah banyak, Cuma mungkin kurang pendapatan berbanding yang di hadapannya. Justeru, jangan silap fahami konsep tadarruj (beransur) yang diajar oleh Islam dan salah aplikasi.
c. “Suzie perlu menganggap kerja dilakukannya itu kerana sedang berada dalam keadaan darurat dan perlu cepat-cepat menukar pekerjaan.”
Ulasan saya: Jangan sewenangnya menggelar keadaan itu dharurat. Perlu diingat kaedah fiqhi yang menyebut, apa yang diharuskan kerana “dharurat mesti diikat dengan limitasinya”. Sejauh mana limitasi telah dipantau dan dipatuhi? Dharurat juga perlu menilai timbangan kerosakan dan kebaikan yang terhasil, jika kerosakan lebih banyak, ia adalah maslahat yang tertolak.
*** Baca penuh ulasan dan jawapan Ustaz Zaharuddin di sini.
salam,
saya nak minta penceramah,motivator,pendakwah2 ni,turun padang,pergi tengok sendiri apa yang berlaku di luar sana.Jangan asyik bercakap dari kerusi empuk,dari dalam masjid,dari universiti.Talk is cheap.Banyak saya tengok this so called pendakwah,hanya pandai bercakap dari kononnya dari kajian lah, dari buku lah. ,kata mcm ni kata mcm tu,seolah2 mereka ni jer yang betul ,orang lain semua salah.
Get down,go down to the street,get involves then only you know the real problem.
Politician pun sama,talk kok only.
Mak bapak lagilah kena main peranan,thats for sure.
pendapat saya,kalau tak setuju sudah.
Justeru sudah ada sedikit pencerahan dari Dr. Fadzilah Kamsah, maka saya tarik balik untuk boikot buku-buku beliau. Namun begitu, saya berpegang kepada ulasan Ustaz Zaharuddin di atas. Yang salah dan patut dikutuk, mesti dinyatakan secara jelas. Panduan utama ialah Islam.
Ingatan dan pesanan saya kepada Dr. Fadzilah Kamsah ialah jangan bercakap ikut sedap mulut. Tuan Dr. merupakan figur yang cukup dikenali. Justeru itu, setiap kata-kata bakal menjadi ikutan dan rujukan ramai, terutamanya umat Islam di Malaysia.
Harapan saya semoga Tuan Dr. tidak hanya mementingkan klien dan bakal klien sahaja, malah yang menjadi paling wajib ialah berkata benar walaupun pahit.
Betul stuju, jangan ibarat burung kakak tua, tau bercakap tepi tak tau makna-nya, hypokrit jadi-nya.
Post a Comment